Wednesday, 16 October 2013

BAB 1 CINTA PANDANG PERTAMA

CINTA PANDANG PERTAMA (eiza sharmiza)
BAB 1
Tak suka,tak suka…”. Jerit Qistina Murni. Nasib baik dia berada didalam kereta, kalau tak mesti orang ingat dia dah gila. Sudahlah hari ini aku ada  kelas statistik. Bangun lambat . Ni semuanya gara-gara bermimpi jumpa sang putera yang kacak”. Gumam Qistina Murni. Rumah Qistina Murni terletak di Subang Jaya, manakala Qistina Murni belajar di UITM Shah Alam. Bukan senang untuk sampai ke kolejnya kerana salah timing memang dia akan mengadap kesesakan lalulintas.Sememangnya hari ini adalah hari menadah telinga kena marah dengan puan Yusmira...Nasib kau la Qistina Murni oiiiii...

Sedang syok Qistina Murni membebel didalam kereta, tiba-tiba dia terasa badannya terarah ke hadapan dan terdengar bunyi dentuman yang kuat.”Eh.....jangan-jangan kereta aku kena langgar. Aduhai! Masaalah betulla. Dahla tersangkut dalam kesesakan lalulintas, kena langgar lagi...ne yang aku hangin nie”.Qistina membebel sambil menepuk dahi.

Qistina Murni terus memandu keretanya ke bahu jalan dan keluar untuk melihat keadaan kereta kesayanganya. Mau tak sayang hadiah abah nie. Tiba –tiba sebuah motosikal berkuasa tinggi DUCATI 848 warna merah menghampirinya. ”Dik....sorry yer..abang tahu abang salah...tak apa abang akan bayar semuanya....tukar satu buah kereta pun abang sanggup dik....nanti adik hantar kereta adik ke bengkel ini ya...abang pergi dulu...abang dah lambat nie”. Ziyad menghulurkan kad kepada Qistina sambil tersenyum.”Eh..bang...bang....ala...dia ingat dia sorang jer nak cepat...eeeeeee...tak suka betulla...”. jerit Qistina..matanya sudah berkaca menahan tangis sambil memandang sayu ke arah motosikal yang bergerak dicelah-celah kenderaan di hadapanya. Dia melihat kad yang diberikan oleh lelaki tadi.

Qistina telah menghubungi abang longnya untuk memaklumkan yang dia terlibat dengan kemalangan. Nasib baik bengkel tersebut terletak di Shah Alam. Dengan ditemani abang longnya mereka menghantar kereta Qistina ke bengkel tersebut. Bagus juga lelaki tadi. Sebaik sahaja mereka sampai ke bengkel itu, pemiliknya abang Nasir sudah  sedia menunggu. Dalam tempoh seminggu keretanya akan siap. Nampaknya untuk seminggu ni terpaksalah dia dihantar oleh abang longnya. Nasib baiklah pejabat abang longnya satu hala dengan kolejnya. Abang Longnya bekerja sebagai seorang Arkitek di sebuah syarikat Arkitek yang terkemuka di Shah Alam. Namanya Mohd Didad...hensome dan masih single lagi..he..he....he. Nampaknya hari ini dia terpaksa masuk kelas lambatla jawabnya. Qistina Murni mengeluarkan telefon bimbit Samsung Ace dan terus menghubungi Jasmin kawan baiknya.”Jas...aku ni. Nanti kau tolong maklumkan dengan Pn.Hanim ya. Aku masuk lambat sikit kelas dia, aku terlibat dengan kemalangan” Qistina menerangkan kepada Jasmin. ”Beb kau okey ke. Ada patah mana-mana tak” kedengaran suara Jasmin cemas dan terkejut.” Aku okey , kau jangan risau. Cuma kereta aku je teruk sikit. Nanti Along aku hantar aku”  Qistina Murni menjawab pertanyaan Jasmin. Setelah meninggalkan keretanya, Qistina Murni masuk ke dalam kereta Alongnya dengan muka kelat.” Dah la tu dik,abang Nasir cakap, minggu depan boleh ambilkan kereta adik tu. Lagi pun along tak salahkan adik” Mohd Didad memujuk Qistina Murni.Mohd Didad tahu yang Qistina Murni terlalu sayang pada kereta tersebut, kerana ,kereta itu adalah hadiah pemberian arwah ayah mereka. Mohd Didad memandang sekilas lalu kepada Qistina Murni disebelahnya. ” Along nanti hantarkan adik ke kolej ya, petang nanti adik tumpang jasmin” setelah berdiam diri, Qistina Murni bersuara sambil memandang Mohd Didad.”iya la, petang nanti terus balik rumah,jangan nak meyimpang ke lain pula, nanti mama risau tau” pesan Mohd Didad.
Sampai sahaja di perkarangan fakulti, Qistina Murni terus menuju ke kelasnya. Nasib baik Puan Anim belum masuk kelas. Qistina terus menuju ke tempat kawan-kawannya.”Qis...kau ok ke. Kalau rasa tak ok janganla datang kelas”Jasmin menghampiri Qistina sambil merenung teman karibnya itu.”Iyalah Qis,kau nampaknya macam terkejut je. Yang langgar kau tu lelaki ke perempuan, motosikal ke kereta” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Munirah dan Rohaya.”motosikal, lelaki” Qistina Murni bersuara lemah. ”hensome tak...wei...mesti hensome kan” Munirah tersengeh-sengeh sambil mengerdipkan matanya.” korang berdua ni memang tak ada benda lain yang korang ingatkan. Aku tak sempatla nak tengok mamat yang langgar aku tu hensome ke tidak” Qistina Murni sudah bangun sambil bercekak pinggang ke arah temannya.”wei...wei sabarla...aku saja je. Kau ni pun sikit-sikit naik angin” Munirah tersengeh lagi sambil mengangkat kedua-dua jarinya isyarat ”peace”. Tahu sangat dengan perangai berangin Qistina Murni. Habis kelas, Qistina Murni meminta Jasmin menghantarnya ke rumah. Nasib baik rumah Jasmin dan rumahnya sehala, jadi tidak ada istilah menyusahkan kawan...hehehe...
Sampainya dirumah, mamanya membebel pula.”tu la mama dah cakapkan bawa kereta tu elok-elok.tengok sekarang apa dah jadi. Nasib baikla Qis tidak apa-apa”. Bebel Puan Salbiah.Aku apa lagi dengar jer la...malasla nak meyampuk. Tapikan.... Abang tadi tu memang hensome gila la...sampai tak berkelip mata aku memandangnya. Qistina sudah tersenyum sendirian, apa yang dibebelkan oleh mamanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”minta maaf mama. Bukan Qis yang salah. Abang tu yang langgar Qis”. Sengih Qistina Murni sambil mencium pipi mamanya. Maklumlah mahu ambil hati la tu...he...he...sambil berlalu ke biliknya.Puan Salbiah mengeleng-ngelengkan kepala melihat kelakuan anak bongsunya.


################################################################
sorry kalau tidak menepati citarasa-
-saya budak baru belajar, kalau salah tlg ajarkan n komen2 yer-
@ngeee..peace...no war...@@@

No comments:

Post a Comment