Monday, 30 December 2013

BAB 2 CINTA PANDANG PERTAMA

BAB 2
”Sorry papa. Ziyad terlibat dengan kemalangan tadi”.Terang Ziyad kepada Dato’ Syukri. ”Teruk ke Ziyad. Tu la kan papa dah cakap jangan bawa motosikal berbahaya. Tengok apa dah jadi”. Keluh Dato’ Syukri.
” Sikit jer pa. Motosikal jer yang rosak sikit. Petang nanti Ziyad akan hantar ke bengkel Abang Nasir untuk di baiki”. Terang Ziyad Naufal lagi.

Dato’ Syukri mengeleng-ngelengkan kepalanya kepada anak kesayangannya. Ziyad Naufal cuma tersengih dan terus berlalu ke pejabatnya. Tiba-tiba Ziyad Naufal teringatkan wajah gadis yang dilanggarnya tadi dan dia tersenyum sendirian.
”Manis dan cantik dengan lesung pipit di kiri dan kanan pipinya”. Bisik Ziyad Naufal tersenyum.

Petangnya, Ziyad Naufal menghantar motosikal ke bengkel. Sampainya di bengkel tersebut, Ziyad Naufal melihat kereta MYVI berwarna pink yang dilanggarnya sedang di baiki. Dia tersenyum lagi apabila mengenangkan tuan punya MYVI tersebut.
”Abang Nasir, banyakkah rosak kereta ni?”. Tegur Ziyad Naufal .
”Banyakla juga bumper belakang ni mau dalam seribu juga”. Jawab Nasir.
”Tak apa bang, nanti saya bayarkan”. Sengih Ziyad Naufal penuh makna.

Selepas menghantar motosikalnya, Ziyad Naufal menelefon  Haris kawannya untuk mengambil dia di bengkel tersebut. Selepas itu mereka ke Seksyen 13, Shah Alam untuk menjamu selera. Agak lama juga mereka tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Cuma, dia yang bernasib baik bekerja dengan papanya. Haris pula bekerja sama syarikat dengan Didad di sebuah syarikat Arkitek di Shah Alam. Mereka bertiga merupakan kawan rapat semenjak di Universiti lagi.

” Yang kau sengih-sengih dari tadi ni kenapa Ziyad?. Risau betulla aku...jangan-jangan kau ni dah tak betul akibat kemalangan tadi. Aduhai! Malang betulla aku dapat kawan macam ni”. Tegur Haris ke arah kawannya.
”Nampak sangat ke”. Sengih Ziyad Naufal.
”Eh!... cuba kau cerita kat aku. Apa masaalahnya..aku mushkil betulla?” Geram wajah Haris memandangnya.
” Kau agak”. Ziyad Naufal mengangkat kening ke arah Haris sengaja membakar perasaan kawannya. Sayangnya Didad tidak dapat join sama kerana terpaksa balik awal....kerana adiknya terlibat dalam kemalangan pagi tadi.
”Cakap jer la mangkuk...kang aku cepuk kang”. Haris menunjukkan penumbuk ke arah Ziyad Naufal . Alai hai dia ni tersengih lagi...keluh Haris.
”Nanti la, belum tiba masanya”. Keluh Ziyad. Selagi dia tidak tahu nama gadis tersebut, dia tidak akan meluahkan rasa hatinya kepada sesiapa pun.
Selepas mereka menjamu selera, Haris menghantarnya pulang.

Mereka bertiga sudah berjanji untuk bertemu pada hari minggu ini untuk keluar berjogging. Selepas Ziyad Naufal membersihkan badan dan bersembahyang maghrib, dia turun ke bawah untuk menonton TV. Sedang enak Ziyad Naufal menonton berita, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat.
”Hishh...siapala yang tak reti bahasa, call waktu-waktu macam ni’ rungut Ziyad Naufal  sambil bangun menghampiri handphonenya.
”Dia ni lagi, memang tak reti bahasa betulla”. Ziyad Naufal menekan punat berwarna hijau.
”Assalamualaikum, apa u nak lagi ni” Suara Ziyad Naufal keras memberi salam.
”I nak minta maaf,I dengan dia kawan sahaja. Tiada apa-apa hubungan, please sayang...” sayu suara Amani disebelah sana.
”Siapa sayang u...kita dah tak ada apa-apa hubungan. Full stop!” keras suara Ziyad Naufal sambil memutuskan talian.
”Sa...yang...” kuat suara Amani memanggil Ziyad Naufal, tapi sayangnya Ziyad Naufal sudah memutuskan talian.
”Aku tak akan melepaskan kau dengan mudah Ziyad Naufal...ini Amani, tiada siapa yang boleh lepas dari gengaman aku” Amani meramas-ramaskan tanganya sambil mengilai.
Ziyad Naufal menghempaskan telefonya, geram sungguh dengan Amani yang tidak sudah-sudah merayu kepadanya. Selama ini dia tidak sangka Amani seorang perempuan yang kejam dan sanggup mempermainkan perasaanya. Hidup-hidup dia ditipu oleh Amani. Nasibnya baik kerana dia terserempak dengan Amani di Pavillion minggu lepas. Sedang dia asyik memilih kemejanya di sebuah butik, tiba-tiba dia terpandang satu pasangan, dan seorang perempuan sedang memeluk pinggan lelaki tersebut sambil berkucupan.
Ya! Perempuan itu adalah Amani, panas hatinya melihat drama sebabak tersebut. Dia sendiri tidak pernah peluk dan pegang Amani, kerana dia tahu dosa dan pahala.
 ”Amani!!! apa yang you buat ni. Siapa lelaki ni...” Ziyad Naufal  sudah mengepal-ngepalkan menumpuknya.
” Sa..sa..yang,mmm...mmm...kawan I Amri” tergagap-gagap Amani, sebenarnya lebih kepada terkejut.
”Tak sangka you perempuan semurah ini Amani, sia-sia I sayangkan you, madu I bagi ,tuba you balas. Nasib baik Allah tu maha berkuasa dan tunjukkan siapa sebenarnya you. Selepas ini, you jangan cari I lagi...kita berdua dah tiada hubungan apa-apa. P.U.T.U.S!!!” Ziyad Naufal menyebut sebiji-sebiji perkataan putus dan berlalu dari situ dalam keadaan yang teramat marah.
Amani terkedu dan tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mampu memandang langkah Ziyad Naufal yang semakin lama-semakin jauh.
” Sayang siapa lelaki tadi” Amri bertanyakan kepada Amani setelah lama melihat Amani membisu.
”Sayang...you jangan main-mainkan I, siapa dia” Amri sudah mencengkam tangan Amani.
” Entah lelaki gila mana pula” tenang Amani menjawab.” Jom! Kata nak tengok movie, nanti lambat pula” Amani mengheret tangan Amri berlalu. Amani berlalu dengan perasaan yang gembira...tapi lain pula dengan Amri yang sememangnya tidak berpuashati dengan penerangan daripada Amani sebentar tadi.
”Tak mengapalah, nanti aku akan berjumpa dengan Ziyad dan menerangkan hal yang sebenar. Pujuk dia baik-baik. Mana boleh lepaskan lubuk duit” Amani menenangkan hatinya. Apa yang penting dia mesti melayan Amri hari ini.
 Gara-gara mendapat panggilan daripada Amani, hilang sudah seleranya ingin menonton TV, Ziyad Naufal mengeluh dan berlalu naik ke biliknya.
”Papa...mama...Ziyad naik atas ya, rasa dah mengantuk sangat ni, Assalamualaikum” Ziyad Naufal mencium pipi papa dan mamanya dan berlalu ke biliknya.
”Apa kena dengan anak awak tu yang” Datin Rafidah memandang suaminya yang leka menonton CSI.
”Entah la, letih agaknya” Dato’ Syukri menjawab pertanyaan isterinya.

Sementara di dalam bilik, Ziyad Naufal terkebil-kebil memandang kipas yang sedang berputar-putar sambil mengeluh.
”Mmmm...nak tidur awal lagi baru jam 11.00 malam” Ziyad Naufal mengaru-garukan kepalanya dan menghayunkan langkah ke beranda biliknya. Ziyad Naufal menghalakan pandangannya melihat pemandangan lampu-lampu yang menghiasi sekitar taman perumahanya. Sunyi dan sepi...begitulah yang dia rasa. Nasib menjadi anak tunggal. Sudahnya Ziyad Naufal mengambil gitar dan mengalunkan suaranya membelah kepekatan malam yang bertemankan bintang dan bulan yang menyinari alam semesta. Qistina pula tidur bertemankan kehadiran mimpi prince charmingnya yang melanggar keretanya pagi tadi...






No comments:

Post a Comment