Thursday, 12 March 2015

TACKLE HATINYA

                TACKLE HATINYA

Lima tahun lepas….
“ Cuba kau buka mata kau betul-betul. Kau ingat kau tu layak ke nak jadi girlfriend aku? Dasar muka tak malu. Perempuan kampung!”.  Nyaring sekali suara Taufik Iskandar. Kedengaran gelak ketawa Shahrul, Ridwan dan Ameer, kuncu-kuncu Taufik Iskandar. Mereka meninggalkan Nurul Ameera menangis di lorong antara kelas ke kantin sekolah.
“ Sudah la Ameera. Kau dah tahu Taufik Iskandar memang macam tu. Yang kau tulis surat cinta tu buat apa? Marah Maryam apabila mendengar esakan Ameera.
“ Dah la Ameera…jom kita masuk kelas. Malu la budak-budak lain tengok kita”. Zainab bangun sambil menarik tangan Ameera. Mereka berjalan memasuki kelas 5A Sastera tanpa mempedulikan pelbagai pandangan daripada rakan-rakan sekelas.
“ Mar…Ina…memang aku yang tulis surat cinta tu. Tapi aku tak gila lagi nak hantar kat Taufik Iskandar. Surat tu saja-saja jer untuk kenangan aku. Aku tak tahu siapa yang dengki kat aku” akhirnya Nurul Ameera meluahkan segala-galanya. Dalam hati dia nekad selepas ini dia tidak akan mempedulikan Taufik Iskandar lagi. Biarlah rasa cinta yang dia rasa ini hanya dia yang tahu. Dia akan belajar bersungguh-sungguh kerana dia tahu dia miskin.
“ Aku tahu, kau tidak buat kerja bodoh tu…biarla Ameera. Perkara dah berlaku. Nak tak nak kau kena terima juga. Moga suatu hari nanti segala-galanya akan terbongkar siapa pengkhianat tersebut”. Maryam tersenyum sambil menggosokkan tangan Ameera.
“Aaah…betul kata Mar tu Ameera. Kita tengok saja la nanti. Kau pedulikan Taufik Iskandar tu. Dah la berlagak, mentang-mentangla dia anak Dato’…boleh blah la beb”. Zainab akhirnya bersuara.
Semenjak kejadian memalukan itu,  Nurul Ameera telah bertekad untuk menjauhi Taufik Iskandar dan belajar bersungguh-sungguh. Berkat kesabaran akhirnya dia Berjaya ke menara gading bersama-sama Maryam dan Zainab. Sejak hari terakhir persekolahan maka berakhirlah pertemuan dia dan Taufik Iskandar.
Sekarang…
“ Macamana kerja kau, okay tak?” Maryam bersuara ke arah Nurul Ameera yang sedang ralit melayan Criminal Mind 9 di ASTRO 710.
“ Macam biasa je. Kau?”
            “ Sama macam kau…hari-hari melayan kerja yang sama”.
            “ Eh! Mana Zainab. Dari tadi tak nampak muka dia”.
            “ Mana lagi…keluar dating la”.
            “ Habis tu…kau tak keluar dating dengan Zarul ke”.
            “ Zarul Out Station dua minggu”.
            “ Patut la…lekat kat rumah. Kalau tidak tinggal aku sorang-sorang”
            “ Ameera…kalau aku tanya sikit, kau jangan marah ya”.
            “ Macamana aku nak marah, kau pun belum tanya lagikan. Apa yang kau nak tanya?” Nurul Ameera berkalih mengadap Maryam disebelahnya.
            “ Kau masih ingat lagi ke kat Taufik Iskandar”.
            “ Entah la Mar, tapi hati aku ni memang tidak boleh terima orang lain. Kadang-kadang aku terfikir juga sampai bila aku nak macam ni. Entah-entah dia sekarang sudah berkahwin sudah ada anak-anak”. Nurul Ameera mengeluh. Dia tidak tahu dimana silapnya, rasa cintanya semakin menebal terhadap Taufik Iskandar ibarat mengejar bayang-bayang, dapat dilihat tetapi tidak dapat di peluk.
            Niat Maryam untuk memperkenalkan kawan Zarul terbantut apabila mendengar luahan hati Nurul Ameera.
            “ Aku faham perasaan kau. Moga suatu hari nanti Allah bukakan pintu hati kau untuk melupakan Taufik Iskandar dan bukakan pintu hati kau untuk lelaki lain”. Maryam tersenyum ke arah Nurul Ameera.
“ Insyaalah. Terima kasih kerana memahami aku. Kaula kawan aku dunia akhirat” Nurul Ameera memeluk Maryam.
                                                                      

BAB 2
            “ Adoi la…time macam ni la cinta hati nak buat hal” Nurul Ameera mundar mandir mengelilingi kereta Honda Citynya di tepi jalan. Baru minggu lepas dia servis. Sedang dia berkira-kira mahu menelefon mekanik , tiba-tiba sebuah kereta Audi R8 warna merah menghampiri keretanya dan berhenti di hadapan.
            “ Cik ada masalah ke?”
            Hai la si hensem, kalau kereta dok tersadai tepi highway macam ni , mestilah ada masaalah. Nasib baik awak tu hensem…
            “ Ya…tiba-tiba sahaja kereta saya buat hal” Nurul Ameera memandang lelaki kacak dihadapanya.
            Lelaki tersebut membuka bonet hadapan untuk melihat kerosakan. Nurul Ameera masih lagi memandang lelaki dihadapanya tanpa berkelip. Haip mata…jangan berkelip bukannya senang untuk melihat makhluk ciptaan tuhan yang sempurna dihadapanya. Memang betul-betul rezeki…dan mencabar keimanan dia…
            “ Cik…Cik” lelaki tersebut melambai-lambaikan tangannya dihadapan Nurul Ameera. Cantik dan manis, kulit putih tanpa sebarang cela di muka. Sempat lagi tu Taufik Iskandar memuji.
            “ Oh! Maaf. Macamana, awak tahu ke kereta saya rosak apa?” Nurul Ameera tersengih menyedari kealpaanya.
            “ Saya rasa lebih baik cik telefon mekanik. Memang awak tak pernah servis ke kereta awak ni?” si kacak memandang Nurul Ameera.
            “ Baru minggu lepas saya servis”. Nurul Ameera mengeluarkan handphonenya dan terus mendail nombor  telefon mekanik. Selepas beberapa ketika, dia mendapatkan si kacak yang sedang bersandar di kereta Audi R8 bewarna merah.
            “ Terima kasih ya awak. Tak apa sekejap lagi mekanik datang towing kereta saya. Awak pun dah lambat nak masuk kerja. Maaf la mengambil masa awak” Nurul Ameera tersenyum. Ialahkan, orang berbudi kita berbahasakan…hehehe…
            “ Habis tu awak nak pergi kerja dengan apa?”.
“ Sekejap lagi saya minta mekanik tolong hantar saya”.
“ Kalau macam tu, jom la saya hantar awak”.
“ Err…terima kasih. Menyusahkan awak je. Tak apa saya okay”.
“ Kalau macam tu, saya pergi dulu, lagi pun hari ini  first time saya nak melapor diri”
“ Oh! Good luck
“ Awak…”
“ Nurul Ameera…”
“ Taufik Iskandar. By the way saya jalan dulu…Assalamualaikum” Taufik Iskandar berlalu.
Setelah mendengar sebaris nama tersebut, dada Nurul Ameera tiba-tiba merasa sempit. Otaknya sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebaik sahaja kelibat kereta Audi R8 merah milik Taufik Iskandar beredar, barulah pernafasan Nurul Ameera teratur. Handphone terus dikeluarkan. Nombor telefon pejabat terus didail unuk memaklumkan dia masuk lewat.
Taufik Iskandar membelok keretanya memasuki bangunan Fakhruddin. Setelah sekian lama berada di New York, dia kembali ke tanah air untuk membantu Dato’ Fakhruddin papanya. Lagi pun tiada apa yang perlu dia tunggu di New York, apabila perkahwinannya hancur ditengah jalan. Isteri yang dicintai telah jatuh hati pada sahabatnya sendiri. Pedih…perit itu yang dia rasa.
Selepas memakirkan kereta, dia terus masuk pejabat.
“Assalamualaikum  kak Tini” Taufik Iskandar memberikan salam sambil tersenyum ke
arah Hartini PA papanya.
“ Waalaikumussalam, En.Taufik. selamat datang”
“ Ala akak ni…macam tak kenal saya. Tak payah panggil En. La kak. Papa ada”.
“ Dato’ sedang tunggu Is”.
Orait kak, kalau macam tu Is masuk dulu”. Taufik Iskandar terus menghala ke pejabat Dato’ Fakhruddin.
“ Tok…tok…tok” Taufik Iskandar mengetuk pintu.  Kedengaran suara Dato’ Fakhruddin menyuruh masuk. Dia terus membuka pintu.
“ Assalamualaikum papa”.
“ Waalaikumussalam. Is…masuk” arah Dato Fakhruddin.
Taufik Iskandar masuk, menarik kerusi dihadapan Dato’ Fakhruddin dan duduk.
“ So macamana, datang tadi, senang jumpa pejabat”
“ Ala papa ni, GPS kan ada, guna je la”. Taufik Iskandar ketawa.
“ Okay, jom papa kenalkan dengan kakitangan yang lain”. Dato’ Fakhruddin bangun diikuti oleh Taufik Iskandar dibelakangnya.
Dia diperkenalkan dengan semua kakitangan Fakhruddin & Co. Terdengar usikan nakal daripada staff perempuan. Taufik Iskandar sudah biasa dengan usikan nakal seperti itu. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba pandanganya terarah ke  pintu cermin di hadapanya. Macam pernah nampak perempuan yang berbaju kurung dan bertudung pink ini.
“ Ameera…dah settle ke kereta?”. Tiba-tiba Dato’ Fakhruddin menyapa.
“ Oh! Dato’… dah. Siap hantar ke bengkel dah. Minta maaf Dato’” Nurul Ameera tersenyum.
“ Ameera, kenalkan anak saya Taufik Iskandar” Dato’ Fakhruddin memperkenalkan Taufik Iskandar disebelahnya.
Beku pergerakkan Nurul Ameera, tak sangka dia akan mendengar lagi nama tersebut. Baru sahaja jiwanya kembali tenang. Sekarang dadanya kembali berombak, nafasnya kembali sesak. Tarik nafas Ameera…caiyok…
“ Nurul Ameera…akauntan” Nurul Ameera memberikan senyuman kepada Taufik Iskandar disebelah Dato’ Fakhruddin.
“ Taufik Iskandar” matanya masih lagi memandang Nurul Ameera yang kelihatan gelisah. Dia memberikan senyuman dan berlalu mengikut Dato’ Fakhruddin.
“ Hensemkan” kak Tini menyiku Nurul Ameera.
“ Mmmm…”
“ Mmmm…jer. Ker dah terpikat”.
“ Habis tu nak cakap apa Kak Tini…dah memang hensem”
“ So boleh la akak kenen-kenenkan Meera dengan Is” Kak Tini masih lagi galak mengenakan Nurul Ameera.
“ Hishh…tak nak la kak. Saya ni orang kampung memang tak layak pun. Lagi pun cuba akak tengok tu…belum apa-apa dia dah ramai peminat”. Nurul Ameera menunjukkan ke arah Trisya, Aminah dan Sofia yang sedang terintai-intai melihat Taufik Iskandar.
“ Apa tak layaknya Meera. Daripada mereka yang pakai tak cukup kain tu, cantik lagi Meera”.
“ Dah la kak…saya nak masuk bilik, banyak lagi kerja saya nak buat…okay kak” Nurul Ameera tersenyum sambil berlalu ke biliknya.
Nurul Ameera meniggalkan Hartini tersenyum sendirian. Hartini mengekori lenggang lenggok Nurul Ameera dengan matanya, sehingga bayang Nurul Ameera hilang.
Belum sampai setengah jam, Taufik Iskandar masuk ke bilik Nurul Ameera. Membuatkan Nurul Ameera terkejut. Hari ini sahaja banyak kejutan yang dia terima. Kalau macam ni dia harus kuncikan pintu hatinya rapat-rapat agar perkara yang memalukan 6 tahun lepas tidak berlaku lagi. Hari-hari berhadapan dengan Taufik Iskandar membuatkan hatinya resah. Tiba-tiba, pintu bilik Nurul Ameera dibuka. Bukan main terkejut dia melihat susuk tubuh yang bergerak masuk dan terus duduk di kerusi di hadapanya.
“ Macamana kereta awak?”.
“ Errr…okay…petang nanti saya ambil”.
“ Kalau macam tu, petang nanti saya teman awak ambil kereta ya”.
“ Tak payah la awak, nanti apa kata Dato’ dan staff lain” sebolehnya dia menolak dengan cara elok.
“ Habis tu macamna awak nak ke bengkel”.
“ Saya tumpang je kak Tini…err awak kalau tak ada apa-apa, saya nak buat kerja ni”.
“ Oh! Sorry ganggu awak. Lunch nanti sekali ya”.
“ Tengok la macamna. Kalau tidak sibuk”.
So, pastikan awak tidak sibuk, atau saya bagi tahu Dato”. Kedengaran ugutan dari Taufik Iskandar yang masih lagi memeluk tubuh menunggu jawapan dari pujaan hati.
“ Errr…” Nurul Ameera menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Macamana dia nak menolak, sedangkan hatinya meronta-ronta untuk terima. Memangla hati ini sentiasa menderhaka kepada tuannya.
Maybe next time. Lagi pun kita baru kenalkan”.
“ Okay, one day saya akan tuntut janji awak. Pastikan hari tersebut awak tiada apa-apa alasan” Taufik Iskandar berlalu keluar sambil memberikan senyuman senget.
“Apa ni Taufik Iskandar, behave sikit. Dalam ramai-ramai perempuan kenapa yang bertutup menjadi pilihan, selalunya yang tidak cukup kain menjadi mangsa. Adakah kau dah berubah Taufik Iskandar? Takkan la semudah itu kau melupakan kekecewaan yang ditinggalkan dan dikhianati?...” Taufik Iskandar tersenyum sendirian apabila mengingatkan tingkah lakunya terhadap Nurul Ameera…sesungguhnya apa yang dia rasa ini tidak sama dengan apa yang dia rasa terhadap Tengku Azreen, bekas isterinya.






No comments:

Post a Comment