BAB
3
Selepas
memakirkan kereta, dia terus masuk pejabat.
“Assalamualaikum
kak Tini” Taufik Iskandar memberikan
salam sambil tersenyum ke
arah
Hartini PA papanya.
“
Waalaikumussalam, En.Taufik. selamat datang”
“
Ala akak ni…macam tak kenal saya. Tak payah panggil En. La kak. Papa ada”.
“
Dato’ sedang tunggu Is”.
“
Orait kak, kalau macam tu Is masuk
dulu”. Taufik Iskandar terus menghala ke pejabat Dato’ Fakhruddin.
“
Tok…tok…tok” Taufik Iskandar mengetuk pintu. Kedengaran suara Dato’ Fakhruddin menyuruh
masuk. Dia terus membuka pintu.
“
Assalamualaikum papa”.
“
Waalaikumussalam. Is…masuk” arah Dato Fakhruddin.
Taufik
Iskandar masuk, menarik kerusi dihadapan Dato’ Fakhruddin dan duduk.
“
So macamana, datang tadi, senang jumpa pejabat”
“
Ala papa ni, GPS kan ada, guna je
la”. Taufik Iskandar ketawa.
“
Okay, jom papa kenalkan dengan kakitangan yang lain”. Dato’ Fakhruddin bangun
diikuti oleh Taufik Iskandar dibelakangnya.
Dia
diperkenalkan dengan semua kakitangan Fakhruddin & Co. Terdengar usikan
nakal daripada staff perempuan.
Taufik Iskandar sudah biasa dengan usikan nakal seperti itu. Dia hanya
tersenyum. Tiba-tiba pandanganya terarah ke pintu cermin di hadapanya. Macam pernah nampak
perempuan yang berbaju kurung dan bertudung pink ini.
“
Ameera…dah settle ke kereta?”.
Tiba-tiba Dato’ Fakhruddin menyapa.
“
Oh! Dato’… dah. Siap hantar ke bengkel dah. Minta maaf Dato’” Nurul Ameera
tersenyum.
“
Ameera, kenalkan anak saya Taufik Iskandar” Dato’ Fakhruddin memperkenalkan
Taufik Iskandar disebelahnya.
Beku
pergerakkan Nurul Ameera, tak sangka dia akan mendengar lagi nama tersebut.
Baru sahaja jiwanya kembali tenang. Sekarang dadanya kembali berombak, nafasnya
kembali sesak. Tarik nafas Ameera…caiyok…
“
Nurul Ameera…akauntan” Nurul Ameera memberikan senyuman kepada Taufik Iskandar
disebelah Dato’ Fakhruddin.
“
Taufik Iskandar” matanya masih lagi memandang Nurul Ameera yang kelihatan
gelisah. Dia memberikan senyuman dan berlalu mengikut Dato’ Fakhruddin.
“
Hensemkan” kak Tini menyiku Nurul Ameera.
“
Mmmm…”
“
Mmmm…jer. Ker dah terpikat”.
“
Habis tu nak cakap apa Kak Tini…dah memang hensem”
“
So boleh la akak kenen-kenenkan Meera dengan Is” Kak Tini masih lagi galak
mengenakan Nurul Ameera.
“
Hishh…tak nak la kak. Saya ni orang kampung memang tak layak pun. Lagi pun cuba
akak tengok tu…belum apa-apa dia dah ramai peminat”. Nurul Ameera menunjukkan ke
arah Trisya, Aminah dan Sofia yang sedang terintai-intai melihat Taufik
Iskandar.
“
Apa tak layaknya Meera. Daripada mereka yang pakai tak cukup kain tu, cantik
lagi Meera”.
“
Dah la kak…saya nak masuk bilik, banyak lagi kerja saya nak buat…okay kak”
Nurul Ameera tersenyum sambil berlalu ke biliknya.
Nurul
Ameera meniggalkan Hartini tersenyum sendirian. Hartini mengekori lenggang
lenggok Nurul Ameera dengan matanya, sehingga bayang Nurul Ameera hilang.
Belum
sampai setengah jam, Taufik Iskandar masuk ke bilik Nurul Ameera. Membuatkan
Nurul Ameera terkejut. Hari ini sahaja banyak kejutan yang dia terima. Kalau
macam ni dia harus kuncikan pintu hatinya rapat-rapat agar perkara yang
memalukan 6 tahun lepas tidak berlaku lagi. Hari-hari berhadapan dengan Taufik
Iskandar membuatkan hatinya resah. Tiba-tiba, pintu bilik Nurul Ameera dibuka.
Bukan main terkejut dia melihat susuk tubuh yang bergerak masuk dan terus duduk
di kerusi di hadapanya.
“
Macamana kereta awak?”.
“
Errr…okay…petang nanti saya ambil”.
“
Kalau macam tu, petang nanti saya teman awak ambil kereta ya”.
“
Tak payah la awak, nanti apa kata Dato’ dan staff
lain” sebolehnya dia menolak dengan cara elok.
“
Habis tu macamna awak nak ke bengkel”.
“
Saya tumpang je kak Tini…err awak kalau tak ada apa-apa, saya nak buat kerja
ni”.
“
Oh! Sorry ganggu awak. Lunch nanti
sekali ya”.
“
Tengok la macamna. Kalau tidak sibuk”.
“
So, pastikan awak tidak sibuk, atau
saya bagi tahu Dato”. Kedengaran ugutan dari Taufik Iskandar yang masih lagi
memeluk tubuh menunggu jawapan dari pujaan hati..
“
Errr…” Nurul Ameera menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Macamana dia
nak menolak, sedangkan hatinya meronta-ronta untuk terima. Memangla hati ini
sentiasa menderhaka kepada tuannya.
“
Maybe next time. Lagi pun kita baru
kenalkan”.
“
Okay, one day saya akan tuntut janji
awak. Pastikan hari tersebut awak tiada apa-apa alasan” Taufik Iskandar berlalu
keluar sambil memberikan senyuman senget.
“Apa
ni Taufik Iskandar, behave sikit.
Dalam ramai-ramai perempuan kenapa yang bertutup menjadi pilihan, selalunya
yang tidak cukup kain menjadi mangsa. Adakah kau dah berubah Taufik Iskandar?
Takkan la semudah itu kau melupakan kekecewaan yang ditinggalkan dan
dikhianati?...” Taufik Iskandar tersenyum sendirian apabila mengingatkan
tingkah lakunya terhadap Nurul Ameera…sesungguhnya apa yang dia rasa ini tidak
sama dengan apa yang dia rasa terhadap Tengku Azreen, bekas isterinya.
No comments:
Post a Comment