BAB 4
”Qis...Qis...” Qistina Murni terdengar namanya dipanggil,
lantas Qistina Murni berpaling.
”Dia ni lagi,apa lagila yang dia nak?” apabila
terpandangkan seraut wajah yang dikenali, terus Qistina mengatur langkahnya ke
kelas.
Tiba-tiba Qistina merasa tanganya ditarik. Dia berpaling
dan merentap tangannya.
”Awak nak apa?” Qistina menarik muka.
”Qis...memang tak ada tempat dihati awak untuk saya ke?”
kedengaran suara Amir Fitri mengeluh dan memandang Qistina.
”Awak...dari dulu lagikan saya dah bagitahu. Awak Cuma
saya anggap tidak lebih dari seorang kawan. Awakkan banyak peminat. Kenapa saya
juga yang awak kejar” terang Qistina lagi sambil berpeluk tubuh.
”Qis, dalam hati saya ni hanya nama dan wajah awak yang
bertahta” sekali lagi Amir Fitri mengeluh dan meraup mukanya.
” Saya memang tidak boleh terima awak. Saya minta maaf”
Qistina berlalu meninggalkan Amir Fitri yang masih memandangnya.
Amir Fitri bin Dato’ Syukur, bukan tidak hensome. Tapi
memang hensome. Soal hati dan perasaan tiada siapa yang boleh memaksa. Jika
hati tidak ada perasaan cinta bagaimana mahu menerimanya. Ya! Mungkin Amir
Fitri memang bukan ditakdirkan untuknya. Siapa dia untuk memaksa Amir Fitri
agar tidak mencintainya. Qistina berharap, suatu hari nanti Amir Fitri akan
menemui seoarng perempuan yang benar-benar menyintainya.
Qistina Murni, Jasmin, dan Munirah sedang mencari tempat
duduk di kafe kampus. Setelah menunggu hampir lima minit, akhirnya mereka
mendapat tempat duduk.
”Weh! Kau nak makan apa” Jasmin
mencuit tangan Qistina.
”Biasa” Jawab Qistina
”Ok beb, aku oderkan untuk kau sekali” Jasmin
berlalu ke kaunter.
Tiba-tiba kerusi disebelah kiri Qistina ditarik
membuatkan dia terkejut dan berpaling ke sebelah kirinya.
”Kau???...buat aku terkejut lah” Qistina menampar bahu
Munirah.
”Sorry...” sengih Munirah.
”Kau tak makan ke, Jasmin mana?”
”Makan. Jasmin pergi oder makanan. Aku mintak tolong
Jasmin belikan” belum sempat Qistina menunjuk mana kedudukan Jasmin, kelihatan
Jasmin berjalan menuju ke arah mereka sambil menatang makanan.
Mereka makan dengan berselera sekali, tanpa menghiraukan
keadaan sekeliling mereka. Di satu sudut kelihatan seorang lelaki sedang memerhatikah
tingkah mereka bertiga.
”Cik...cik...cik tidak boleh masuk ke dalam” Dahlia sudah
mengejar Amani yang melangkah laju menuju ke pejabat Ziyad Naufal.
Ziyad Naufal terkejut apabila pintu pejabatnya dibuka dengan tiba-tiba.
”
Bos, maaf. Saya tak sempat nak halang” tiba-tiba Dahlia muncul dengan nafas yang
tercuncap-cungap.
“
Tak apa.Bukan salah awak Dahlia” Ziyad Naufal menganggukkan kepala kepada PAnya
Dahlia. Dahlia berlalu ke tempatnya, sambil mengurut dadanya.
“ U
nak apa, sampai ke pejabat U cari I” Ziyad Naufal merenung tajam kearah Amani
yang sedang duduk di hadapanya.
“ You mana boleh buat I macam ni. You tak sayangkan I
ke?” Amani cuba mencapai tangan Ziyad Naufal yang berada diatas meja.
” Kenapa tak boleh? You bukannya isteri I pun” Ziyad
Naufal melarikan tangannya daripada dicapai tangan Amani.
”Tapi I sayangkan You” mata Amani sudah berkaca.
” You simpan je, sayang You tu dekat jantan lain. I
memang tidak ada hati lagi dengan You” Ziyad Naufal bangun dari tempat duduknya
dan memusingkan badannya mengadap pemandangan KLCC dihadapanya.
Ziyad Naufal, berpaling apabila dia terdengar pintu
pejabatnya dihempas dengan kuat. Amani berlalu dengan sisa-sisa esakkan. Dahlia
tercengang-cengang melihat kelakuan Amani. Selepas tubuh Amani hilang, Dahlia
meneruskan kerja-kerjanya, walaupun didalam kepalanya sarat dengan pelbagai
soalan.
Ziyad Naufal menyambung menyemak resume pelajar
paraktikal yang akan memulakan latihan praktikal di syarikatnya bermula minggu
hadapan. Tiba-tiba matanya buntang apabila melihat resume dan gambar
yang terpampang dihadapan matanya. Bagaikan
tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian
lalu, handphonenya dicapai dan nombor seseorang terus didail.
”Assalamualaikum. Apa
orang disana mahu” kedengaran suara dihujung sana.
”Waalaikumussalam. Orang
disini rindu dengan orang disana” Ziyad Naufal ketawa mengekek.
” Huh! Orang disini tidak rindu dan tidak hingin dengan
orang disana”
” Ye ke, orang disana tidak rindu dengan orang disini. Kalau betul tidak rindu...kenapa angkat
bila orang disini telefon”
”Hah! Ambik kau Qistina, kan dah kena” Qistina
mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
”Mana ada” cemas sekali suara Qistina sebab kantoi. Malu
beb.
” Orang disana dah makan ke belum” Ziyad Naufal menahan
tawanya. Dia tahu Qistina sudah kantoi.
” Orang disana, orang disini nak masuk kelas ni,
Assalamualaikum” cepat-cepat Qistina memutuskan talian.
”Eh! La dia terus putuskan talian
macam tu” senyum Ziyad Naufal.
Qistina Murni bergegas masuk kedalam kelasnya dan
mengambil tempat duduk disebelah Jasmin.
”Apasal lambat”
”Aku pergi tandas tadi”
” Tapi apasal pipi kau warna pink ni” Jasmin menunjukkan
ke arah pipi Qistina.
” Mana ada. Aku garu tadi. Ada nyamuk gigit” lantakla
bagi jela apa-apa alasan fikir Qistina.
” Nah! Ada orang bagi kau” tiba-tiba Munirah menghulurkan
sampul surat.
” Untuk siapa?” Jasmin
dan Qistina bersuara serentak.
”
Qis” sepatah jawab Munirah.
”Siapa yang bagi” Tanya Qistina lagi dan merenung sampul
surat bewarna pink ditangan Munirah.
” Hishh! Kau ni banyak
soalla...ambil je la. Kalau kau tak ambil dan baca mana kau nak tahu siapa yang
hantar” Munirah meletakkan surat tersebut ke dalam tangan Qistina dan menarik
kerusinya merapati Qistina dan Jasmin.
‘Eh ! yang korang berdua rapat-rapat dengan aku ni
kenapa?”
”Kenapa apanya? Bukala surat tu. Kami pun nak tahu juga
siapalah jejaka yang malang jatuh cinta kat kau” mengekek ketawa Jasmin dan
Munirah.
”Amboi...amboi, korang ingat aku ni tak laku yer” Qistina
mahu bangun, tapi cepat-cepat tangannya di tarik oleh Jasmin dan Munirah.
Sememangnya nama Qistina Murni sering meniti dibibir lelaki
di UITM ini, apa tidaknya, orangnya memang cantik dan memang kesayangan
pensyarah kerana Qistina Murni seorang pelajar yang cemerlang sentiasa mendapat
anugerah Dekan.
”Menarik ...pandai pula mamat ni tulis surat cinta.
Berani dia. Tak takut ke kalau kena reject” Munirah bersuara setelah habis
membaca isi surat tersebut.
”Eh! Kau pula yang lebih-lebih. Aku ok saja” Qistina
memandang Munirah disebelahnya sambil tersengih.
”Untungla ada Secret Admire” Jasmin pula bersuara.
”Malasla layan korang ni. Eh! Pn.Nancy tak masuk kelas ye”
apabila Qistina melihat rakan-rakan kelasnya beransur meninggalkan kelas untuk
pulang. Tanpa membuang masa, mereka bertiga bergegas keluar menuju ke kereta
masing-masing.
” Qis jumpa enam bulan lagi. Minggu depan kita dah start
Praktikalkan” Munirah memeluk Qistina dan diikuti dengan Jasmin.
” Nanti apa-apa berita jangan lupa update ye”
Jasmin memberikan pesanan.
” Korang juga sama. Jangan lupakan aku tau” pesan Qistina
kepada kedua-dua sahabatnya. sedih weh, nak berpisah.
Akhirnya, masing-masing sudah memandu keluar dari petak
parking UITM, Shah Alam. Rasanya sekejap sahaja tiga tahun. Enam bulan
Prkatikal...dah tamat belajar. Qistina Murni memandu menuju ke Sunway Piramid
untuk membeli pakaian yang baru. Rasanya sudah lama dia tidak berbelanja. Semua
pakaian yang ada, sudah lama.
No comments:
Post a Comment