BAB 3
”Morning Bos” Dahlia tersenyum kepada bos barunya.
Ziyad Naufal CEO baru ZN Properties Sdn.Bhd mengambilalih
daripada papanya Dato’ Syukri. Kalau bukan dia yang menerajui syarikat ZN
Properties Sdn.Bhd siapa lagi, dia bukanya ada adik-beradik yang lain. Dia anak
tunggal.
”Morning Dahlia’ Ziyad Naufal tersenyum dan
meneruskan langkah ke pejabatnya.Nasib baiklah Dahlia dah bertunang, kalau
tidah, mahu cair hatinya melihat ketampanan Ziyad Naufal. Patutla dekat pejabat
ni sahaja bukan main lagi perempuan yang masih bujang mahu merapati bosnya.
Asyik Dahlia mengelamun tiba-tiba telefon diatas mejanya berbunyi. Cepat-cepat
Dahlia mengangkatnya.
”Hello ZN Properties Sdn.Bhd” Dahlia menjawab telefon
sambil tersenyum, kerana dia pernah menghadiri ”telephone Course”,
harusla dipraktikan.
”Sambungkan pada En. Ziyad Naufal” kedengaran suara
perempuan disebelah sana.
” Boleh saya tahu siapa disana” Dahlia bertanya lagi.
”Eh! Kau apa
sibuk, dia ada ke tidak?, kau siapa?” ”suara perempuan disebelah sana sudah
meninggi .
”Saya PA En. Ziyad Naufal” ewah-ewah, banyak cantik
bahasa, Dahlia mencemikkan mulutnya. ” Dahlia sambungkan talian ke dalam bilik
Ziyad Naufal.
Tiba-tiba kedengaran intercom,”Dahlia, kalau ada
perempuan nama Amani telefon katakan saya sibuk atau apa-apa alasan yang boleh
awak bagi’ arah Ziyad Naufal dan menghempaskan telefon.
”Mak oii, tetiba
pula ada Taufan Katrina” Dahlia meletakkan ganggang telefon sambil
jari-jemarinya mengetuk keyboard komputer di hadapanya.
Sementara di dalam bilik Ziyad Naufal sudah mendengus
apabila Amni mengganggu dan memujuk rayunya. Sampai telefon ke pejabat. Jangan
Amni datang ke pejabat sudah...mahu huru-hara pejabat ni nanti. Kerana terlalu
sibuk, Ziyad Naufal terlupa yang dia telah berjanji dengan Qistina Murni untuk
bertemu di bengkel. Sehinggalah handphone Ziyad Naufal berbunyi.
”Assalamualaikum En.Ziyad Naufal...bila nak
sampai ni, dari tadi lagi tau saya tunggu kat sini. Kan saya ambil kereta ni
terus balik...nanti En. Ziyad datang bayarla ya” belum apa-apa Qistina menembak
berdas-das kerana geram lama menunggu.
”Oppss! Sorry ...saya terlupa. Saya masih kat pejabat
lagi ni, tak mengapalah awak ambil kereta tu nanti saya settlekan dengan
abang Nasir” arah Ziyad. Qistina Murni mendengus geram dan melangkah ke arah
abang Nasir untuk mendapatkan kunci kereta. Setelah Qistina Murni menerangkan
kepada abang Nasir mengenai bayaran akan dijelaskan oleh Ziyad Naufal, dia
terus memandu keretanya pulang ke rumah. Nasib baikla Jasmin sanggup
menghantarnya ke bengkel untuk mengambil kereta MYVInya. Semasa keretanya berhenti
di Traffik Light, handphonenya berbunyi,Qistina Murni mencapai bagpacknya
dan menyelongkar segala isi dalamya mencari handphone.
” Eh!nombor siapa ni” Qistina Murni terus menekan butang
hijau.
”Hello” kedengaran suara lelaki disebelah sana.
”Ya,encik nak bercakap dengan siapa ?”
”Saya nak bercakap dengan orang yang sedang bercakap ni”
” Minta maaf ya encik, tapi saya tak kenal encik”
”Tak apa, yang penting saya kenal tuan punya telefon ni”
”Minta maaf encik, rasanya encik ni salah nombor”
”Eh!betulla nombor ni, takkanla saya lupa nombor telefon
bakal isteri saya” suara lelaki disebelah sana ketawa.
”Hello...!!!, agaknya encik ni banyak makan semut kot, ok
la encik Assalamualaikum” cepat-cepat Qistina Murni menekan butang merah handphonenya
dan meneruskan pemanduan setelah lampu traffik light bertukar hijau.
”Gila” Qistina tersenyum.
Ziyad Naufal tersenyum sendirian sambil memandang telefon
ditangannya. Sedar hari semakin memasuki waktu Maghrib, Ziyad Naufal
mengemaskan fail-fail yang berterabur diatas mejanya dan menghala ke tempat
letak kenderaan. Setelah mengangkat tangan ke arah guard pejabatnya, dia terus
memandu AUDI TTnya keluar dari kawasan pejabat ZN Properties Sdn.Bhd menghala
ke TTDI pulang ke rumah. Begitulah kehidupan seharian Ziyad Naufal.
Selesai sembahyang Maghrib, Qistina Murni turun ke bawah
untuk membantu Puan Salbiah menyediakan makan malam.
”Mama...” Qistina Murni memeluk Puan Salbiah.Puan Salbiah
berpaling ke arah anak gadisnya dan tersenyum.
” Dah solat ”
” Dah. Abang mana mama” Qistina mengambil tempat Puan
Salbiah memotong sayur, memandangkan Puan Salbiah sedang mengacau kari ayam di
hadapannya.
” Ada kat bilik, baru balik. Sekejap lagi turun la.
Macamana dengan kereta Qis dah siap?. Dapat jumpa tak dengan prince charming
tadi” mengekek ketawa Puan Salbiah mengenakan anak gadisnya.
”Huh...prince charmingla sangat...haram tak
datang, berjam-jam Qis tunggu, last-last dia suruh Qis balik, nanti dia settlekan
semua” habis sayur ditangannya di patah-patahkan. Geram betul dia bila mengingatkan
nama Ziyad Naufal.
”Ni apasal Qis patahkan semua sayur” tiba-tiba Didad
menjentik telinga Qistina Murni.
”Awww...sakit la bang, dah la masuk tak bagi salam”
Qistina mencebik ke arah Didad yang sedang menyusun pinggan diatas meja.
”Padan muka, asyik day dream je. Kalau macam ni,
usahkan prince charming, orang biasa pun memang tak nakla masuk meminang
Qis” sakat Didad lagi. Puan Salbiah dah ketawa melihat kerenah anak-anaknya.
Mereka makan dengan penuh gembira sambil bergurau senda.
Setelah habis makan malam,Didad berlalu ke ruang tamu untuk menonton berita. Manakala Qistina Murni membantu puan Salbiah mengemas apa
yang patut. Setelah selesai mengemas dapur mereka beriringi keluar menyertai
Didad yang leka menonton Blacklist di ASTRO 701.
”So, macamana tempat prktikal Qis. Dah tahu dapat kat
mana” Didad memandang Qistina yang terlentok di bahu mamanya.
”Dah. Dapat di ZN Properties Sdn Bhd. Minggu depan lapor
diri”
” Bagusla, nanti jaga diri elok-elok, jangan nak buat
perangai kasar tak tentu hala. Abang pun hairan la...macamana Qis yang kasar ni
boleh ambil course setiausaha” gelak Didad lagi saja nak menyakat adik
kesayanganya.
”Eleh..suka hati orangla, tahulah orang nak jaga diri”
Qistina menjelirkan lidah kearah abangnya.
” Dah la tu,dah pukul sepuluh dah, Qis pergi tidur, nanti
lambat bangun pula pagi esok” arah Puan Salbiah.
”Iyalah mama...abang Qis naik dulu. Assalamualaikum”
Qistina mencium pipi Puan Salbiah dan mencium tangan Didad.
”Didad pun nak naik tidur jugalah mama, esok nak kena
bangun awal ada meeting” Didad mencium pipi Puan Salbiah.
Qistina Murni mencapai handphonenya yang berbunyi
minta diangkat.
”Hello! Awak nak apa lagi ni”
”Nak awak la”
” Awak ni memang tak faham bahasa ye”
”Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saya faham la”
”Eeeeee...geramya...” Qistina Murni meramas-ramas kain
selimutnya dan terus memutuskan talian. Biar padan muka orang di sebelah sana.
Qistina Murni terus menarik selimutnya dan menutup lampu tidur ditepi katil.
” Huh...kasar gila pompuan ni. Tapi kenapa bila mendengar suaranya membuatkan aku damai”
Ziyad Naufal tersenyum sendirian dan matanya perlahan-lahan terpejam.
No comments:
Post a Comment