Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah
AKU cinta , AKU
rindu
ROSE ALISYA HAKIMi FIRDAUS
“Burrrrr…ahhh!!!
Sejuknya” Rose Alisya mengigil dan gigi-giginya berlaga antara satu sama lain.
“Kalaulah pagi tadi dia bangun awal sikit, sempatlah dia memasak air untuk
mandi. Selesai mandi, dia terus naik ke atas rumah.
“ Itu
la, tadi mak kejutkan awal-awal, Lisya tak nak bangun. Kalau tidak sempatlah
panaskan air untuk mandi” Pn.Salbiah tersenyum memandang anak gadisnya. Dia
tidak sempat panaskan air untuk Rose
Alisya, kerana sibuk membuat kuih dan nasi lemak untuk dihantar ke kedai-kedai
makan yang berhampiran. Inilah kehidupanya seharian. Manakala suaminya menanam
sayur-sayuran dibelakang rumah, cukuplah untuk kehidupan mereka tiga beranak.
Tidak terlalu mewah.
“ Alah
mak ni, macam tidak biasa. Lisya dah biasa la mak. Nanti mak simpankan kuih dan
nasi lemak untuk Lisya bawa ke sekolah ya” Rose Alisya tersenyum dan berlalu ke dalam
bilik untuk menunaikan sembahyang Subuh.
Apabila
siap berpakaian sekolah, Rose Alisya ke dapur untuk bersarapan sebelum ke
sekolah. Dia tidak pernah malu dengan kehidupanya, malahan sentiasa bersyukur
kepada Yang Maha Esa kerana dikurniakan seorang ibu dan ayah yang sentiasa
menyayanginya. Setelah bersarapan, Rose Alisya mencium tangan kedua ibubapanya.
“
Assalamualaikum… ayah…mak, Lisya pergi dulu ya” Rose Alisya melambai-lambaikan
tangan ke arah ibu dan ayahnya.
“Ya
lah… hati-hati dan belajar elok-elok ya Lisya” pesan Pn.Salbiah melambaikan tangan ke arah Rose Alisya.
“
Abang pun nak ke kebun ni” En.Arrifin bangun setelah habis bersarapan.
“ Hati-hati
ya bang” Pn.Salbiah mencium tangan suaminya sambil tersenyum.
Rose
Alisya seorang gadis yang cantik, berusia 19 tahun. Dia mengambil peperiksaan
SPM kali kedua kerana ingin memperbaiki sijilnya.
.....................................................................................................................................................
“
Lisya…boleh tak kau langkah kaki kau tu panjang-panjang sikit?” Syikin
menjerit.
“Kau,
kalau tak memekik kat aku pagi-pagi tak boleh ke?. Ewah…ewah!! banyak cantik
muka kau,dah naik semput tau aku berjalan ni” Rose Alisya mendengus. Dia terus
membonceng motosikal Syikin yang sedia menunggu di hadapan simpang rumahnya.
Belum
sempat Rose Alisya menarik nafas dia di soal oleh Syikin, kawan baiknya.
“ Apasal
lambat hari ini, selalunya jam 7.00 pagi kau dah sampai. Tadi jam 7.15 baru
sampai”
“Heheh…aku
lambat bangun la”
“Dah
agak dah”
“Ala
sekali sekala, kau tunggu aku ok apa”
“Kau
bawa kuih apa hari ini”
“Mak
aku bagi nasi lemak kat kau”
“Iya..wah!!
patutla bau sedap je” Syikin menggosokkan perutnya.
“ Wei!!
Bawa motor elok-elok la, kan tak pasal-pasal masuk kita berdua mandi longkang”
Rose Alisya menjerit apabila motor yang dibawa oleh Syikin sedikit bergerak ke
kiri dan kanan.
“
Kau ni pun satu la. Releks la. Macamla aku ni bawa motor tak ada lesen”
Akhirnya
motosikal yang dipandu oleh Syikin bergerak dengan baik dan mereka menuju ke
Sekolah Adabi Sri Gunung. Kedudukan rumah mereka tidaklah jauh kerana mereka menggunakan jalan
pintas. Ia hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.
Mereka
berdua sampai ke sekolah lebih kurang jam 7.45 pagi. Setelah meletakkan
motosikal di tempat yang disediakan, mereka berdua terus ke kantin sekolah.
“
Assalamualaikum kak Amy” Rose Alisya tersenyum ke arah seorang wanita yang
sedang mengambil duit daripada pelajar lelaki.
“
Waalaikumussalam. Oh! Lisya…mana kuih dan nasi lemak” Amy tersenyum ke arah
Rose Alisya.
‘Nah!
Kuih dalam RM10.00 dan nasi lemak ada 20 bungkus” Rose Alisya menberikan bakul
kepada Amy. Dan bakul pun bertukar tangan.
Rose
Alisya dan Syikin berlalu untuk mendapatkan tempat duduk. Belum pun sempat
mereka duduk, Suraya dan kawan-kawannya duduk di tempat tersebut.
“ Korang
berdua pergi duduk tempat lain. Ini tempat aku” Suraya menghalau Rose Alisya
dan Syikin.
“Apasal
pula kami yang kena cari tempat lain?. Kami yang sampai dulu la” Syikin
menjawab sambil berpeluk tubuh.
“Ada
aku peduli” Suraya, Sarah dan Aisya sudah duduk tanpa mempedulikan Syikin.
“Sudah
la, jom la kita duduk kat sana, banyak lagi kerusi yang kosong” Rose Alisya
berbisik dan menarik tangan Syikin.
“
Aku bengang gila la ngan geng-geng Suraya tu. Apa yang dia tak puas hati dengan
kita pun aku tak tahu?.” Syikin mendengus.
“
Ala biarkanla.Suraya and The gangkan
anak orang kaya” Rose Alisya menenangkan Syikin.
“Nah!
Nasi lemak kau”
“
Kau tak makan ke”
“Aku
dah makan kat rumah tadi”
“Eh!
Kau tengok tu” Syikin menunjukkan ke arah Suraya dan kawan-kawanyanya yang
sedang menggedik apabila melihat kehadiran
Hakimi Firdaus.
Hakimi
Firdaus merupakan seorang jejaka yang kacak, berdarah kacukan kot, sebab ada
iras-iras orang putih. Tapi sayangnya seorang kaki perempuan. Dengar-dengar
cerita di setiap sekolah swasta ada
seorang kekasihnya. Di sekolah ini sahaja memang tak terkira yang
tergila-gilakanya. Selain wajahnya yang kacak, dia juga anak orang kaya yang
berpangkat Tan Sri. Sekarang ni Hakimi Firdaus tinggal bersama nenek dan
datuknya di sebuah pekan Gunung, Bachok Kelantan. Rumah datuk dan nenek Hakim
Hakimi bersebelahan dengan rumah Rose Alisya.
Rose
Alisya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Syikin. Apabila pandangan
matanya bersatu dengan mata hazel Hakimi Firdaus, dia terasa jantungnya
berdetak pantas. Dia tidak pasti apa yang sedang terjadi kepadanya. Yang dia
tahu kehadiran Hakimi Firdaus bisa membuatkan rentak jantungnya tidak selari.
Rose Alisya menundukkan pandangannya apabila Hakimi Firdaus memberikan senyuman
sinis ke arahnya.
“ Cepatla
makan Syikin, ada lima minit lagi nak masuk kelas ni”
“ Iyala…aku
pun dah habis ni. Kejap aku basuh tangan” Syikin berlalu ke sinki untuk
membasuh tangan.
Mereka
berjalan beriringan menuju ke kelas. Sempat lagi mereka di usik oleh Hakimi Firdaus
dan kawan-kawannya.
“Kringggg…”
loceng terakhir berbunyi menandakan tamatnya kelas untuk hari ini.
Rose
Alisya dan Syikin berjalan ke arah kantin untuk mengambil duit kuih dan nasi
lemak daripada Amy. Kerana terlalu asyik berbual dengan Syikin, Rose Alisya
tidak sedar tiba-tiba kepalanya terlanggar sesuatu yang keras.
“
Aduh!!” Rose Alisya menjerit.
“
Kau ni, berjalan cubala pandang depan” kedengaran suara lelaki.
Macam
pernah dengar suara ini, dadanya sudah berdebar-debar. Dia mengangkat pandangan
ke arah tubuh yang berada di hadapannya. Alangkah terkejutnya dia, orang yang
dilanggarnya adalah Hakimi Firdaus.
“ Minta
nyawa…minta nyawa” Rose Alisya mengurut dadanya.
“Maaf”
perkataan itu sahaja yang mampu diucap oleh Rose Alisya.
“
What ever, tepi la…aku nak lalu, tahula aku ni kacak” Hakimi memberikan
pandangan sinis.
Dia
dan Syikin memberikan laluan kepada Hakimi Firdaus.
“
Muka je kacak, tak ada budi bahasa langsung” Syikin menjeling ke arah Hakimi
Firdaus.
“ Jom
la, dah lambat ni. Nanti kak Amy tutup kantin pula” Rose Alisya menarik tangan
Syikin.
Setelah
kejadian tersebut, Rose Alisya selalu mengelakkan dirinya apabila bertemu
dengan Hakimi Firdaus. Dan kerana kejadian itu juga, Hakimi Firdaus cuba untuk
merapati Rose Alisya dalam diam.
Suatu
petang, bukan main terkejut lagi Rose Alisya melihat kehadiran Hakimi Firdaus
berada di rumahnya.
“
Lisya…dari mana?” Pn.Salbiah merenung anaknya yang baru masuk ke dalam rumah.
“
Dari rumah Syikin mak, ambik buku rujukan” dia memandang emaknya yang sedang
membungkus nasi lemak. Dia tahu nasi lemak tersebut adalah untuk datuk dan
nenek Hakimi Firdaus. Khabarnya datuk dan nenek Hakimi Firdaus ada buat kenduri
kesyukuran. Kenduri kesyukuran kerana apa?, tidak pula dia tahu.
“
Nanti tolong hantar nasi lemak ke rumah nenek Yah yer. Banyak ni. Nanti Kimi
bawa balik separuh, separuh lagi Lisya hantar ya nak” Pn.Salbiah mengeluarkan
arahan sambil tanganya ligat membungkus nasi lemak.
“ Baik
la mak”
“
Kimi bawa balik mana yang dah siap ya, sekejap lagi Lisya hantar yang baki ni”
Pn.Salbiah menyusun nasi lemak yang dah siap bungkus ke dalam bakul di
hadapanya.
“
Tak apa la mak cik, Kimi tunggu Lisya la. Sekali jalan. Boleh kan Mak Cik?”
Hakimi Firdaus memandang ke arah Rose Alisya di hadapanya.
“
Boleh kan Lisya?” Pn.Salbiah memandang ke
arah Rose Alisya yang sedang berdiri bagaikan patung cendana.
Dia
hanya menganggukkan kepalanya, apabila matanya bertemu dengan mata milik Hakimi
Firdaus, rentak jantungnya semakin kencang. Lagilah bila Hakimi Firdaus
memberikan senyuman yang paling manis buat dirinya. Dia merasa terus jiwanya
melayang-layang, bertapa indahnya rasa ini. Boleh tak kalau dia nak bermimpi
selama-lamanya. Sedar la rose Alisya, Hakimi Firdaus tu playboy, habis tu mana dia nak campak Suraya tu…
“oh!!!tidak…tidak”
Rose Alisya mengeleng-ngelengkan kepalanya dan mengeluh.
“
Lisya, apa yang geleng-geleng kepala tu. Ni ha…nasi lemak dah siap. Cepat Kimi
dah tunggu tu”
“Errr…
baik mak” terus dia mengambil bakul yang telah penuh dengan nasi lemak. Rose
Alisya berjalan dibelakang Hakimi Firdaus. Inilah kali pertama dia berjalan
rapat dengan Hakimi Firdaus. Bau minyak wangi dari badan Hakimi Firdaus
membuatkan dia leka, tidak sedar bahawa Hakimi Firdaus berhenti dihadapanya.
“Bukkk,
Adoi!!”
“Kau
ni memang jalan tidak pandang depan ya.
Kenapa rumput tu lebih kacak daripada aku ke?” Hakimi Firdaus sudah merah muka menahan
ketawa.
“
Maaf…saya tak sengaja” tergagap-gagap suara Rose Alisya. Malu weh, sudah dua
kali dia langgar badan Hakimi Firdaus.
“
Dua kali kau cabul dada aku. Kali ni aku nak kau bertanggungjawab”
“
Arghhh… apasal pula saya kena bertanggungjawab,bukan saya sengaja pun. Dah awak
tahu saya nak langgar awak, kenapa awak tidak elak?” dia tengok Hakimi Firdaus
kecik besar kecik besar je.
“
Elak tak elak. Aku tak kira, aku nak kau bertanggungjawab juga” keras sekali
suara Hakimi Firdaus.
“
Gila. Siapa nak bertanggungjawab?. Aku tak nak” ambik kau, kan dah tidak ada
saya awak dah. Rose Alisya menolak Hakimi Firdaus dihadapanya dan terus menuju
ke rumah Nenek Yah.
Hakimi
Firdaus berbisik di telinganya “ Aku tak kira, aku nak kau bertanggungjawab
sayang” Hakimi Firdaus berlalu masuk ke dalam rumah nenek Yah.
Rose
Alisya menjulingkan matanya ke atas. Dia terus masuk ke dalam rumah Nenek Yah.
“Assalamualaikum”
Rose Alisya memberi salam.
“Waalaikumussalam.
Eh! Lisya, masuk…masuk” Nenek Yah mengambil bakul nasi lemak ditanggan Rose
Alisya dan meletak bakul tersebut diatas meja bersama bakul yang dibawa oleh
Hakimi Firdaus.
“
Nenek, Lisya balik dulu la ya, dah petang ni. Nanti risau pula mak dan ayah”
Rose Alisya bersalam dengan Nenek Alisya dan seorang wanita yang cantik.
“
Iya la, nanti selepas Maghrib jangan lupa datang ya”
“
baikla nenek”
Rose Alisya keluar dan sekali lagi dia
bertembung dengan Hakimi Firdaus.
“
Jalan baik-baik ya sayang. Jalan tu pandang depan, jangan pandang bawah. Tak
pasal-pasal nanti sayang langgar dada lelaki lain. Siap la sayang” Hakimi
Firdaus tersenyum sambil mengeyit mata ke arahnya.
Rose
Alisya dah merah muka, dia berlalu dan memberikan jelingan kepada Hakimi
Firdaus.
“Wahai
hati, bertabahla dikau, jangan percaya kata-katanya” Rose Alisya
menggosok-gosokkan dadanya.
Kalau
lama-lama duduk rumah Nenek Yah ni, boleh sakit jantung dia. Hakimi Firdaus
pula tak sudah-sudah mengusiknya. Siap dikenalkan dia sebagai bakal isteri
kepada mama dan papanya. Rupa-rupanya wanita cantik dia bersalam petang tadi
adalah mama Hakimi Firdaus. Puan Sri Zaharah. Nampak macam orang biasa-biasa,
begitu juga dengan Tan Sri Izzuddin.
Setelah
sebulan bergelumang dengan peperiksaan SPM, hari ini merupakan kertas
peperiksaan yang terakhir. Sedang Rose Alisya menunggu Syikin di tempat parking motosikal, tiba-tiba, Hakimi
Firdaus menghampirinya. Nasib baik pelajar-pelajar lain sibuk bergelak ketawa
meraikan hari pembebasan.
“
Lisya, selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi. Papa akan hantar aku sambung
belajar ke luar Negara. Mesti aku akan rindukan kau. Kau ingat ya janji kau
akan bertanggungjawab?”
“
Bila masa pula saya janji dengan awak ni”
“
Tak kira, aku nak kau bertanggungjawab juga”
“
Awak ni kenapa? Tak ada angin, tak ada ribut, tetiba suruh saya
bertanggungjawab? Habis tu yang awak ke hulu ke hilir dengan perempuan lain tu.
Kenapa tidak suruh diorang bertanggungjawab pula?”
“
Diaorang tidak dapat membuatkan dada aku sakit, sepertimana yang kau lakukan”
Belum
sempat Rose Alisya menjawab, Hakimi Firdaus meninggalkanya.
Dia
memandang ke arah Hakimi firdaus. Hakimi Firdaus memberikan senyuman yang manis
kepadanya.
“Gila”
dia menggerakkan bibirnya ke arah Hakimi firdaus.
“ I
love You” Hakimi Firdaus meletakkan tangan ke dadanya.
“ Oh
my..oh my…oksigen..oksigen” pantas Rose Alisya memegang dadanya yang sedang
laju berdetak.
Setelah
lima tahun berlalu…
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...
(Korus)
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...
Pasang
sahaja radio Sinar Fm, kedengaran lagu Ajai dan Nurul “Aku cinta, Aku Rindu”
terus sahaja ingatan Rose Alisya terbayangkan wajah Hakimi Firdaus. Adakah rasa
kosong di dalam hati ini , adalah rasa cintanya terhadap Hakimi Firdaus? Masih
ingatkah Hakimi Firdaus padanya?. Dia menolak rasa hatinya jauh-jauh, kerana
dia tahu rasa cintanya tidak akan kemana-mana. Siapa dia untuk megharapkan
kasih daripada seorang jejaka yang punya segala-galanya? Daripada dia bermimpi
di siang hari, baik dia ke dapur menolong emaknya memasak. Dua bulan tidak
pulang ke kampung, membuatkan dia kerinduan terhadap masakan emaknya.
Rose
Alisya bangun dari katil dengan penuh bersemangat. Mahu menghirup udara kampung
yang segar, kalau di Bandar Kuala Lumpur, udaranya tidak sesegar di kampung
kerana telah dicemari dengan asap kenderaan. Lagi pun emaknya telah berjanji
untuk memasak nasi lemak kegemaranya.
Rose
Alisya terdengar suara riuh di bahagian dapur rumahnya. Baru sahaja kakinya
melangkah anak tangga pertama, dia terus kaku. Bau minyak wangi seperti lima
tahun lepas membuatkan jantungnya berdetak tidak sekata. Betulkah apa yang
dilihatnya?.
“
Lisya…kenapa tercegat lagi tu, cepatla bersarapan” Pn.Salbiah tersenyum
memandang anak gadisnya.
“ Errr…baik
la mak. Ayah mana mak?” Rose Alisya menarik kerusi.
“Ada
kat depan. Lisya layan Kimi sekejap ya, Mak nak ke depan panggil ayah
bersarapan sekali”
“ Lisya…Lisya…” Pn.Salbiah menepuk bahu Rose
Alisya.
“Ya..mak”
malunya dia, apabila matanya bertembung dengan pemilik mata hazel dihadapanya.
“
Lisya kenal lagi tak siapa ni? Tanya Pn.Salbiah
“
Errr…kenal kot”
“Kimi
makan, jangan segan-segan. Mak cik ke depan sekejap ya, panggilkan Pak Cik” Pn.
Salbiah berlalu, meninggalkan Hakimi Firdaus berdua dengan Rose Alisya.
“Awak
apa khabar” Hakimi Firdaus memandangnya. Ya Allah! Bertapa rindunya dia untuk
menatap wajah kesayanganya, setiap hari dia rindu dan cintakan wajah ayu
dihadapannya”
“
Baik… Awak?”
“
Baik dan sentiasa merindui,mencintai awak”
Kejung
dirinya saat dia mendengar pengakuan berani mati Hakimi Firdaus. Rose Alisya
mengangkat kepalanya, patutla berani, emaknya tiada.
“
Awak tak rindukan saya ke?”
“Eh!
Soalan apakah ini?” Rose Alisya terkebil-kebil memandang Hakimi Firdaus yang
sedang tersenyum. Boleh tak kalau sekarang ni dia lari masuk bilik.
“
Awak ni memang tak pernah berubah ya, dari dulu sampai sekarang tetap blur.Itu yang membuatkan saya cintakan
awak”
Eh!
Suka hati dia nak panggil aku ne blurrr!!
Belum sempat dia menjawap, kedengaran suara emaknya.
“
La… kenapa tak makan nasi lemak tu Kimi. Lisya… letakkan nasi lemak dalam
pinggan Kimi tu” Arah Pn.Salbiah.
“Lama
Kimi kat Luar Negara, takkan tak tersangkut kat orang sana” En.Ariffin
bersuara.
“
Macamana nak sangkut pak cik,kalau hati saya sentiasa ada kat Malaysia”
Rose
Alisya dah rasa nak masukkan kepalanya dalam pinggan nasi lemak di hadapanya.
“ Bila
balik ke Malaysia Kimi” Pn.Salbiah pula menyambung.
“
Minggu lepas. Semalam baru dapat datang sini. Rindu kat nenek dan datuk.
Lagipun saya rindu nak makan nasi lemak Mak Cik”
“
Eh! Lisya kenapa makan nasi tak habis tu, semalam bukan main lagi Lisya mintak mak masak nasi
lemak ni” Pn.Salbiah menegur Rose Alisya apabila melihat anaknya makan sedikit.
“
Dah kenyang la mak” itu sajalah alasan yang dapat difikirkan oleh Rose Alisya.
Padahal dia gugup berhadapan dengan jejaka di hadapanya.
“
Mak… Lisya nak keluar sekejap boleh? Nak jumpa Syikin…lama sangat tak jumpa”
“ Jangan
lama-lama sangat. Tengahari nanti mak jemput Nenek Yah sekeluarga datang makan
tengahari kat rumah”
“Gulpppp!!”
Rose Alisya menelan air liur. Habis la..ingatkan boleh larikan diri. Nampaknya
dia sudah terperangkap.
“
Baik la. Ayah!!
“Lisya
pinjam motosikal kejap ehh” Rose Alisya melaung dari depan rumah.
“
Nanti kalau ayah nak keluar, ayah guna kereta Lisya ya. Kunci ada kat atas rak”
Tanpa menunggu jawapan daripada ayahnya, dia terus memecut ke rumah Syikin.
“
Pak Cik, Mak Cik… saya pun nak beransur balik. Dah lama saya kat sini. Terima
kasih la Pak Cik jemput saya sarapan” HAkimi Firdaus bangun dan bersalam dengan
En. Ariffin dan Pn.Salbiah.
“ Ya
la. Jangan lupa tengahari nanti ya” En.Ariffin menggosok-gosokkan bahu Hakimi
Firdaus.
“Syikin…Syikin”
Rose Alisya memanggil.
“
Lisya…lamanya tak jumpa kau” Syikin menjerit sambil memeluk Rose Alisya.
“
Wah!! Kau makin cantik la Lisya”
“Ya
ke! Kau pun apa kurangnya.”
“Eh!
Kau tahu tak Hakimi Firdaus dah balik?”
“Kalau
dia balik kenapa?”
“Eh!
Kau lupa ya apa yang kau janji?” Syikin sudah bercekak piggang.
“
Mana aku ada janji. Aku tak janji apa-apa pun. Hakimi tu yang pandai-pandai”
ingat lagi bagaimana Syikin ketawa apabila dia menceritakan apa yang terjadi
antara dia dan Hakimi Firdaus dulu.
“ Ni
apasal kau badmood pagi-pagi ni”
“
Dia ada kat rumah aku. Tengahari nanti, mak aku ajak dia datang makan kat rumah
aku”
“ What!!!” suara Syikin meninggi.
“Ya.
Tak payah la nak What!! sangat?” Rose
Alisya bulat memandang tindakan refleks daripada Syikin. Kelakar pun ada juga.
“
Aku pun nak join sekali. Boleh la Lisya”
“
Apasal kau ni. Dulu kau kan benci sangat dengan Hakimi. Tetiba jer nak jumpa
dia”
“
Mesti sekarang ni dia lagi kacak kan?” Syikin tersengih.
“Entah…aku
tak perasan pula”
“
Dah-dah la cakap pasal Kimi tu. Kau macamana sekarang ni. Dah ada boyfriend ke?”
“Aku!!!
Entahla” Syikin menjawab
“Takkan
la orang secantik kau…tak ada boyfriend”
Rose Alisya dah ketawa.
“
Kau memang mulut tak ada insuran kan?. Sesuka hati kau je mengata aku. Habis tu
kau apa cerita?. Syikin mencerlung ke arah Rose Alisya.
Rose
Alisya memandang Syikin dengan pandangan lain. Entah kenapa sampai sekarang ,
tiada mana-mana lelaki dapat membuatkan hatinya cair, sepertimana Hakimi Firdaus
lakukan.
“
Lisya…Lisya, kau ni kenapa? Sakit anak tegak aku panggil kau tau. Kau ne memang
tak habis-habis dengan blurr kau.
Jangan-jangan dalam hati kau dah penuh dengan nama Hakimi Firdaus” Syikin
menampar bahu Rose Alisya.
”
Sakit dowh!”
‘ Sakit
ya. Padan muka” mengekek ketawa Syikin.
Rose
Alisya terleka apabila bertemu dengan Syikin. Banyak yang mereka bualkan.
Maklumlah sesekali berjumpa. Rose Alisya bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur
sebagai akauntan di sebuah syarikat Hartanah iaitu Izzuddin & Son
Properties. Manakala Syikin pun seorang akauntan tetapi bekerja di Johor
Baharu, juga sebuah syarikat hartanah seperti dirinya.
“
Alamak! Mampus la aku” Rose Alisya menepuk dahinya.
“Apasal
kau ni” terkejut Syikin.
“Wei,
aku balik dulu la, dah jam 12.00 tengahari la. Aku nak balik masak” Rose Alisya
tergesa-gesa bangun menuju tempat motosikal ayahnya.
“
Aku ikut kau sekali. Tunggu sekejap aku pakai tudung” bagai lipas kudung Syikin
berlari ke bilik.
“
Mak…mak… Syikin pergi rumah Lisya. Makan tengahari kat sana” Laung Syikin.
“
Iyalah. Lisya hati-hati bawa motosikal tu” pesan Pn. Gayah.
Apalagi,
sesi balas dendamla..heheheh…Lisya sudah pulas minyak dan brummmmmm…
motosikalnya bergerak laju. Syikin menjerit kerana terkejut.
Suasana
kecoh makan tengahari di rumah Rose Alisya, membuatkan perasaannya semakin
senang dengan kehadiran Hakimi Firdaus. Dia gembira ayah dan emaknya melayan
Hakimi Firdaus dengan baik. Cintanya sejak lima tahun dahulu semakin
berkembang. Banyak yang mereka bualkan, syukur Rose Alisya dengan kehadiran
Syikin membuatkan dia tidak kekok berbual dengan Hakimi Firdaus. Akhirnya
Hakimi Firdaus memohon diri untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Keesokkan
harinya, Rose Alisya kembali semula ke Kuala Lumpur. Begitu juga dengan Syikin
juga kembali ke Johor Baharu. Entah bila pula mereka akan berjumpa kembali.
Nasib baik di zaman moden , pelbagai alat komunikasi dapat mengeratkan
silaturahim antara mereka. Penatnya yang dia rasa, memandu hampit lapan jam,
Kelantan ke Kuala Lumpur. Nasib baik esok dia masih lagi bercuti.
**************************************************************************************************
Seminggu
bercuti, malasnya dia nak memulakan kerja.Mode cuti masih lagi dirasakan oleh
Rose Alisya. Dengan malas dia menuju ke bilik air, mandi.
Hari
ini, Rose Alisya mengenakan baju kurung cotton warna hijau berbunga halus
dipadankan dengan tudung jenama FAREEDA yang berwarna sedondon dengan baju
kurungnya.
“
Assalamualaikum” Liza memeberikan salam dan senyuman manis kepada Rose Alisya.
“Waalaikumusalam”
Rose Alisya tersenyum.
Tok..Tok..kedengaran
pintu bilik Rose Alisya di ketuk oleh seseorang.
“Masuk”
Rose Alisya mengarahkan empuya badan yang berdiri diluar biliknya masuk.
“
Lisya…jom sarapan. Seminggu kau cuti, boringla aku asyik keluar makan sorang
je” Liza menarik kerusi dihadapan Rose Alisya dan terus duduk, tanpa dipelawa.
“Mmm…jom
la. Aku pun dah lapar ni” Rose Alisya bangun.
Mereka
beriringan menuju ke kafe di bahagian bawah pejabat. Izzuddin & Sons
Properties menyediakan segala kemudahan kepada pekerja-pekerjanya. Tidak perlu
ke luar untuk makan, kafe disediakan. Lagi pun, syarikat ini mempunyai lebih
300 orang kakitangan.
“
Apa cerita sepanjang seminggu aku bercuti?” Rose Alisya bertanya Liza, setelah
masing-masing duduk menjamah makanan.
“
Cerita hot ni. Hari ini anak Tan Sri akan masuk kerja. Semua kakitangan wanita
yang bujang tak sabar-sabar nak tengok anak bujang Tan Sri” Liza mula
bercerita.
“ La
ya ke. Agak-agak kau hensome tak anak Tan Sri tu”
“
Mesti la hensome. Aku tengok waktu dia umur 19 tahun. Pernah datang sini.
Sekarang ne agak-agak umurnya dah 25 tahun kot. Tua dia dua tahun daripada kau”
Liza terus bercerita.
Habis
makan, mereka terus naik ke pejabat. Belum pun sempat duduk, mereka telah di
maklumkan oleh PA Tan Sri, Kak Nida, bahawa Tan Sri ingin berjumpa dengan semua
staff pentadbiran di bilik mesyuarat.
Sampai
sahaja di bilik mesyuarat, sekali lagi jantung Rose Alisya berdetak kuat
apabila hidungnya terbau minyak wangi yang sama. Langkahnya terus kaku, apabila
dia terpandangkan renungan daripada sepasang mata yang amat dikenalinya.
Kebetulan
apakah ini? Semakin dia ingin menjauh, semakin Hakimi Firdaus mendekatinya. “
wahai hati bertabahlah engkau” Rose Alisya mengurut dadanya.
Dia
tidak betah untuk berlama di bilik ini, seluas-luas bilik mesyuarat ini
dirasakan semakin sempit. Apatah lagi pandangan dan senyuman itu sering
membuatkan dia penasaran. Boleh tak kalau sekarang ni dia keluar dari bilik
ini?. Rose Alisya tidak tahu butiran yang sedang disampaikan oleh Tan Sri Izuddin
di hadapannya. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dia kembali ke
alam realiti apabila bahunya di tepuk oleh Liza.
“
Rose Alisya…kenalkan anak saya Hakimi Firdaus. Dia akan menggantikan tempat
saya. Esok saya akan mula bercuti” Tan Sri Izzuddin memperkenalkan Hakimi
Firdaus.
“
Selamat menyertai Izzuddin & Son Properties En. Hakimi” Rose Alisya
memberikan senyuman dan tundukkan kepalanya sedikit, tanda menghormati bakal
ketuanya.
“
Terima kasih, Cik Rose Alisya” Hakimi Firdaus tersenyum .
Setelah
memperkenalkan Hakimi Firdaus kepada semua staff bahagian pentadbiran, Tan Sri
Izzuddin meminta diri untuk turun ke bahagian pinjaman. Masing-masing sudah
bergerak menuju ke work station masing-masing.
“
En.Hakimi Firdaus tu memang hensomekan”
Zetty bersuara.
“ Ya
la, alangkah indahnya kalau aku dapat boyfriend
macam En.Hakimi tu” Almi menyambung lagi.
“
Aku rasa, antara kita berempat , aku la yang paling cantik dan paling seksi.
Aku akan pastikan En.Hakimi akan jatuh hati dengan aku” Suraya tersenyum ke
arah kawan-kawannya, Zetty, Almi dan Zira.
“Memang
tak tahu malu betul la mereka ni” Akhirnya Liza bersuara apabila Zetty, Almi,
Zira dan Suraya ke pantry.
“
Biar je la Liza. Ke kau pun nak masuk geng sekali” Rose Alisya tergelak melihat
Liza bercekak pinggang ke arahnya.
“
Lisya…boleh tak kita keluar lunch hari ini. Kimi rindu la” tiba-tiba Hakimi
Firdaus masuk ke dalam bilik Rose Alisya.
“
En.Hakimi. Saya sibuk la. Lagi pun saya tak nak timbul fitnah dan mencari musuh
dengan kekasih hati En.Hakimi”. Rose Alisya memandang Hakimi yang sedang
bersandar di mejanya sambil berpeluk tubuh.
“
Lisya…berapa kali kimi cakap, Kimi tidak ada kekasih” Hakimi Firdaus mengeluh.
Apa lagi yang perlu dia lakukan agar Rose Alisya mempercayainya dan menerima
cintanya. Hakimi Firdaus bangun dan berlalu ke biliknya. Rose Alisya memandang
Hakimi Firdaus dengan perasaan sebal. Kalau boleh memang dia mahu keluar berdua
dengan Hakimi Firdaus. Namun dia harus sedar yang dia tidak boleh bergandingan
dengan Hakimi Firdaus. Apatah lagi setiap hari dia melihat perempuan datang
mencari Hakimi Firdaus. Biarlah dia memendam rasa hatinya sendiri.
Selepas
peristiwa, Hakimi Firdaus mengajaknya keluar lunch, sudah dua minggu dia tidak bertemu dengan Hakimi Firdaus.
Hati Rose Alisya tidak tenang, terasa jiwanya telah dibawa pergi. Hari-hari
yang dia lalui tidak lagi berseri. Mahu ditanya kak Nida PA Hakimi Firdaus, dia
malu.
“
Kau ni kenapa? Aku tengok sejak dua minggu ni, macam tidak bersemangat je” Liza
menghampiri Rose Alisya yang sedang menjamu selera di pantry.
“
Tak ada apa-apa la. Mungkin penat sikit kot”
“
Aku ada cerita hot ni. Pasal En.Hakimi Firdaus. Aku dengar-dengar dia cuti dua
minggu, cuti bertunang”
“hukkk..hukkk”
Rose Alisya tersedak apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Liza.
Patutla
Hakimi Firdaus tidak masuk pejabat. Rupa-rupanya sedang berbahagia. Tanpa
disedari, air mata Rose Alisya mengalir.
“
Eh!!!...kau kenapa menangis ni Lisya” Liza bersuara cemas apabila melihat air
mata Rose Alisya mengalir.
“
Aku sakit kepala la…sekejap lagi aku nak ke klinik la Liza. Tak tahan dah
berdenyut-denyut kepala aku ni.
“
Kalau macam tu , tak mengapa. Nanti kalau dapat MC kau call aku ya”
Selesai
sarapan, Rose Alisya ke Klinik. Dia mendapat MC dua hari. Keluar sahaja dari
Klinik, terus Rose Alisya SMS Liza memaklumkan dia MC.
Habis
MC Rose Alisya sambung lagi cuti seminggu balik kampgng. Ingatkan balik kampung
boleh menenangkan fikiran dia yang kusut ini. Bertambah lagi masaalah adala. Belum
sempat duduk, Rose Alisya dikejutkan oleh emaknya yang dia telah ditunangkan
dengan pemuda pilihan keluarga. Majlis kahwin akan diadakan minggu depan. Segala
persiapan diuruskan oleh pihak lelaki. Boleh tak kalau dia nak pengsan tak nak
bangun-bangun.
Setelah
cuti seminggu, masuk pejabat Rose Alisya tidak pernah bertemu dengan Hakimi
Firdaus. Orang tengah mengayam bahagia… tapi dia menganyam derita..sedih.
Hari
ini adalah hari bersejarah kerana Rose Alisya akan menjadi seorang isteri
kepada pemuda yang tidak pernah dikenalinya. Mampukah dia memberikan cintanya
yang telah dimiliki oleh orang lain kepada suaminya nanti? Boleh tak kalau dia panjat jendela bilik ni
dan lari?
“Lisya
dah sedia ke? Jom keluar kerana akad nikah akan diadakan sebentar lagi” Rose
Alisya tersentak apabila mendebgar suara emaknya.
Angguk
dan angguk lagi. Dia keluar bilik pengantin dengan diiringi oleh emaknya. Dihadapanya
kelihatan seorang pemuda sedang membelakangi dia dan sedang menghadap tok kadi.
Entah bila akad nikah
selesai pun Rose Alisya tidak pasti. Yang dia tahu tiba-tiba tangan kanannya
diangkat untuk disarungkan cincin kahwin. Dagunya didongakkan, dia pejam mata
kerana tidak sanggup melihat wajah suaminya.
“ sayang buka mata sayang”
Tiba-tiba Rose Alisya terasa ada bisikan
ditelinganya.
“Macam kenal je dengan bau
ni. Takkan la kot dia? nak buka tak nak ni” Rose Alisya masih berkira-kira
dengan hatinya.
Alangkah terkejutnya Rose
Alisya, apabila dia membuka matanya. Orang yang selama ini berada penuh didalam
hatinya, kini menjadi suaminya.
…….TAMAT……korang
fikirla sendiri ye..siapa suaminya…….jangan marah.
mestilah firdaus hakimi :) terima kasih dik sudi join contest yg tak seberapa tu..panjang cerpen ni :)
ReplyDeletetq...mencuba jer...:-):-):-):-)
Deletehaha...senyum sorang baca... :)
ReplyDeleteAaaa . sweet sweet . Congrates !
ReplyDeleteDatang dari segmen yang sama. http://amenohini.blogspot.com/2014/02/pertandingan-menulis-cerpen-pendek.html
ReplyDeletehttp://www.bengkelwebsite.com/index.php?ref=KHAIRINA
ReplyDeletehttp://www.loginwang.com/?a=WirdatulKhairina
ReplyDelete