Thursday, 6 March 2014

cerpen "HOT BURGER"



“HOT BURGER”

Oleh : Eiza Sharmiza






                                                                               
Intan Adira                                                                                                                   Ameer Izham




“ Yey…hari ini, hari terakhir berkursus” Intan Adira tersenyum dan melangkah ke tempat parking kereta. Dia menekan remote kereta Vivanya dan terus masuk. Sementara menunggu enjin keretanya panas, dia  mendapatkan Note lll  dalam handbag dan no telefon kawannya, Ayumi terus didail.
“ Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam”
“Beb…malam ni jom keluar JJCM nak”
“ Aku on je, nak ke mana?”
“ Aku rasa nak makan burger la. Kita cari Hot Burger nak”
“ Hot Burger…Oh! Yang Fiza Omar tu ker?”
“Yup…nanti kau bagitahu kat Syima sekali ok. Jumpa kat rumah nanti..daa”
“ Ok…daa”
Dia memasukkan Note lll ke dalam handbang. Gear terus ditolak R untuk reverse Vivanya. Belum pun separuh badan Vivanya keluar, bunyi “Dumm” dari arah belakang. Rasanya semasa dia mahu keluar tiada kenderaan dari arah belakang. Itu yang dia pasti. Entah dari ceruk mana kereta itu tiba-tiba muncul. Harap-harap tidak banyak yang rosak. Dia Viva, yang satu lagi tu Honda Civic tu. Kepala yang tidak pening, tiba-tiba pening, pening mana nak cekau duit nak bayar Honda Civic…gaji dia pun cukup-cukup makan je. Dia tolak gear D4, masuk balik dalam petak parking. Kereta Honda yang dilanggarnya tadi terus masuk petak parking disebelahnya. Dia buka pintu kereta, turun dapatkan pemandu kereta Honda Civic yang dilanggarnya.
“Sorry encik. Saya ingatkan tadi memang tidak ada kereta di belakang saya” Suara takut-takut Intan Adira.
“ Salah saya juga, nak cepat tadi. Sampaikan tak perasan awak nak keluar”
“ Jadi macamana sekarang ni encik? Nak buat report ke?”
“ Tak payah la. Kereta saya pun sedikit sahaja”
Bila dengar perkataan tak payah, terus Intan Adira berani mengangkat kepalanya yang dari tadi asyik menunduk. Alamak! Hensomenya…Oh!my…
“Terima kasih ya encik. Tapi kereta encik tu macamana?”
“ Tak perlu bayar”
Dia rasa macam nak melompat, nak buat tarian gelek. Selamat duit dia.
“ Terima kasih sekali lagi ya encik”
“ Kereta awak macamana. Ada yang kemek ke?”
Oh! Baru dia teringat akan keretanya. Dia terus melihat bahagian belakang keretanya.
“ Tak ada kemek pun, Cuma calar sikit saja”
“ Tak mengapa nanti saya bayar” Tuan punya kereta Honda Civic terus menyeluk poket seluar slacknya dan mengeluarkan beg duit,  menarik beberapa helai note unggu dan terus dihulurkan kepada Intan Adira.
“ Eh!..tak payah la encik. Sikit saja ni” Intah Adira menolak. Rasa macam tidak adil la pula dia mengambil duit tersebut, sedangkan dia yang salah.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu la ya. Dah lambat ni” lelaki tersebut terus masuk ke dalam kereta Honda Civicnya dan terus berlalu.
Intan Adira juga  masuk kedalam keretanya dan terus pulang ke rumah. Pada waktu-waktu kemuncak macam ini, tahu-tahu sajala, masa 20 minit dari tempat kursus ILIM, di Bangi ke rumahnya USJ akan mengambil masa 1 jam. Nak tak nak tempuh sajalah.
Dia sampai di rumah sewanya hampir-hampir azan Maghrib berkumandang. Terus dia melangkah menuju ke biliknya. Rasanya memang dia tidak sabar mahu mandi. Usai mandi, dia menunaikan kewajipanya kepada yang maha ESA.
Intan Adira melangkah keluar dari biliknya dan terus ke ruang hadapan untuk bersama-sama Ayumi dan Syima, rakan  serumah sewa merangkap rakan sekolah dan seuniversiti.
“ Jadi tak nak keluar JJCM malam ni?” Syima bersuara setelah Intan Adira mengambil tempat duduk di sebelahnya.
“ Mestilah jadi. Apasal kau dah ada temujanji dengan Syafik ke?”
“ Mana ada. Dah Ayumi awal-awal lagi call, aku cancelled la jumpa dengan Syafik malam ni”  Syima tersengeh memandang Intan Adira di sebelahnya.
“ Pukul berapa nak gerak . Aku dah kebulur ni. Kau belanja ekk” Ayumi bersuara sambil menjungkitkan keningnya.
“ Kau tak payah nak buat kening Ziana Zain. Dengan aku tak laku. Ya la…aku belanja. Kau jangan nak oder special-special pula. Burger biasa ok…nak lebih, bayar sendiri”
“Apa lagi, jom la. Dah jam 9.00 ni” Syima dan Ayumi bangun dan berlalu ke bilik untuk bersiap.
Intan Adira juga berlalu ke bilik untuk memakai tudung. Mereka keluar ke SS15 menggunakan kenderaan Ayumi, memandangkan burger malam ini dia yang belanja.

Suasana di SS15 memang padat. Tempat parking kereta juga terhad. Setelah setengah jam berpusing-pusing akhirnya mereka bertiga mendapat tempat parking betul- betul di sebelah stall Hot Burger.
“ Alamak ramainya orang” Syima mengeluh apabila melihat orang ramai mengerumuni gerai Hot Burger
“Dah tahu ramai, jom la cepat-cepat pergi beratur. Makin tunggu ne makin ramai” Intan Adira menarik tangan Ayumi dan Syima ke gerai Hot Burger.
Hampir 20 minit beratur, akhirnya tiba juga giliran mereka untuk membuat oder.
“ Cik nak oder burger apa”
“ Daging Double Special 3” Intan Adira bersuara.
“ Ok…siap”
Intan Adira rasa, dia pernah dengar suara lelaki tersebut. Untuk memastikan lagi, dia terus merapati lelaki yang sedang membungkus burger.
“ Bang”
“Ya…ada nak tambah lagi ker?” pemuda tadi mengangkat kepalanya dan memandang kearah Intan Adira di sebelahnya. Alangkah terkejutnya dia saat matanya memandang Intan Adira.
“Awak!!!” Terkejut kedua-duanya.
“Jumpa lagi kita” Intan Adira tersengih.
“ Sekejap ya” Ameer Izham memanggil pekerjanya untuk menggantikan tempatnya.
“ Ini kedai awak ke?” Intan Adira bertanya lanjut, setelah Ameer Izham mengajak mereka duduk di belakang.
“ Yup. Lupa tadi nak kenalkan nama. Saya Ameer Izham. Awak?”
“ Saya Intan Adira. Ini kawan saya Ayumi dan Syima”
Setelah bertukar-tukar no telefon, Intan Adira berlalu ke kereta Syima.
****************************************************************************************************
Selepas enam bulan berlalu…..
“Sah”
“Sah…sah”
Apabila kedengaran perkataan “sah” daripada saksi-saksi, airmata gembira mengalir keluar membasahi pipi Intan Adira.
“Wei apa ni?. Pengantin kalau menangis tak cantik la” Shima bersuara apabila melihat Intan Adira mengalirkan air mata.
“ Selamat pengantin baru Intan” Ayumi memeluk Intan Adira.
“ Terima kasih kerana korang hadir hari bersejarah aku” ucap Intan Adira sambil mengenggam erat tangan kedua-dua sahabatnya. Mereka berpelukan seketika.
Ayumi menghulurkan tisu kepada Intan Adira untuk menyapu air mata dipipinya.
“ Tu suami kau dah datang” Shima mencuit bahu Intan Adira apabila dia melihat Ameer  Izham berjalan merapati Intan Adira.
Sempat lagi Intan Adira memandang Ameer Izham yang baru sahaja sah menjadi suaminya. Masing-masing tersenyum manis antara satu sama lain. Dia berdoa kepada Allah semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Intan Adira dan Ameer Izham telah diijab kabulkan dalam suasana majlis yang meriah dengan kehadiran keluarga dan teman-teman tersayang. Apa yang menariknya buah tangan untuk jemputan adalah sebiji “Hot Burger”. Cuba korang bayangkan kalau jemputanya adalah seribu… Terima kasih kerana sebiji “Hot Burger” telah mengikat dua hati dan dua jiwa menjadi satu. Terima kasih Ya Allah diatas anugerah cinta yang tidak terhingga ini.



--------------------------------------- TAMAT-----------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment