Thursday, 17 April 2014

CINTA BAS EKPRESS- CERPEN (Bab 1)

Adwa Adriana
Adeeb Adwan

CINTA BAS EKPRESS

Oleh : Eiza Sharmiza


CERPEN 1

“ Kau jadi ke nak balik kampung Jumaat ni?” Nida bersuara apabila melihat temannya ralit menyuapkan nasi lemak sambal kerang disisinya.
“ Jadi la beb. Aku dah janji dengan emak aku. Kalau aku tak jadi balik mahu mengamuk Pn.Salbiah tu. Sebulan pun belum tentu habis lagi membebel”.
“ Balik dengan kereta ker, naik flight
“ Aku nak naik bas la…rindu nak naik bas ekpress. Nak mengimbau zaman dolu-dolu…ketika masih bergelar student”.
“ Tiket dah ambil ke?. Kau jangan… minggu depan tu cuti sekolah. Kalau dah nama negeri Pantai Timur, semua transport boleh sold out tau”
“ Hah… ya tak ya jugak. Lepas kerja nanti kau teman aku cari tiket yer”.
Nida mengelengkan kepalanya. Haila dah nama pun Adwa Adriana. Dah faham sangat dengan perangai temannya yang satu ni. Kalau orang tak ingatkan memang ke laut…hancus…

Habis waktu kerja, Adwa Adriana terus memecut keretanya menghala ke Seksyen 18 untuk mendapatkan tiket bas. Dia berharap nasib masih menyebelahinya…semoga ada tiket lagi. Kalau tidak ,tak tahu nak cakap apa pada Pn.Salbiah. Nak balik dengan kereta, tidak mungkin 8 jam tu beb. Kalau si Nida ni nak ikut sekali ok la juga ada teman. Tapi Nida pula tak dapat cuti.
“Beb yang kau mengeluh ni kenapa?”. Nida bersuara apabila dua tiga kali mendengar teman disebelahnya asyik mengeluh.
“ Aku harap ada lagi la tiket. Time macam ni la nak jammed bagai”.
“ Salah kau juga. Kalau awal-awal kau cari tiketkan senang. Ni semuanya nak kena orang ingatkan. Jangan sampai suatu hari nanti, aku kena ingatkan yang kau ada suami…parah tau Cik Adwa Adriana”.
“ Mulut kau ni choiii!. Kalau dah suami aku mana boleh lupa weh” Adwa Adriana menampar bahu Nida.
Setelah hampir satu jam kereta terhinggut-hinggut bergerak, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi. Bergegas Adwa Adriana ke kaunter Mutiara Ekpress.
“ Kak, tiket ke Kota Baharu untuk malam esok ada lagi tak”
“ Kejap ya dik, akak check. Dah habis la dik”
“ Terima kasih kak” terus Adwa Adriana ke kaunter bas Perdana Ekpress.
“ Maaf ya” Adwa Adriana memohon maaf kepada pemuda yang sedang memasukkan tiket bas ke dalam purse.
“ Oh! Tak apa. Saya yang patut minta maaf”. Pemuda tersebut tersenyum. Cantik. Sempat lagi otaknya menterjemah gadis yang berdiri disebelahnya.
“ Kak, tiket ke Kota Baharu esok malam ada lagi tak?”. Adwa Adriana terus beralih ke depan kaunter, setelah pemuda tersebut bergerak ke tepi.
“ Ada, tinggal satu jer lagi. Bertolak jam 8.30 malam. Boleh ke dik?”
“ Boleh kak. Terima kasih” Tersenyum lebar dia apabila tiket yang diidamkanya berada di dalam tangan. Terus dia beredar mendapatkan Nida yang berada di dalam kereta.

“ Macam mana dapat tak tiket bas” Azhan bersuara apabila Adib Adwan masuk ke dalam kereta.
“ Nasib baik ada lagi. Kalau tidak terpaksa la aku drive 8 jam”
“ Kau pun satu. Yang tetiba nak balik kampung naik bas kenapa?”.
“ Aku nak cuba la. Selama ni tak pernah pun aku naik bas. Asal balik kampung jer naik flight…kalau tak mesti balik dengan papa dan mama aku”.
“ Kalau aku la, tak payah susah-susah suruh je pak Daud hantar kan senang. Tak payah nak berasak-asak naik bas”. Azhan masih lagi tidak puas hati dengan temannya. Kata anak orang kaya. Tapi tak pandai nak gunakan kemudahan yang senang. Yang susah juga di carinya.

“ Aku lapar la. Jom kita pergi makan” Adeeb bersuara.
“ Boleh juga…aku pun dah lapar ni”.
Mereka terus membelok masuk ke Seksyen 13, untuk mencari kedai makan.
Ketika mereka berdua menapak masuk ke dalam Restoran Thai, mata Adeeb Adwan terpandang dua orang gadis sedang menikmati tomyam. Dia teringatkan gadis tadi. Lantas dia tersenyum. Cantik!
“ Yang kau tersengeh-sengeh ni kenapa”
“ Tak ada apa la…” terus Adeeb memanggil pekerja restoran untuk membuat pesanan. Namun matanya tidak lepas memandang ke satu sudut.



“ Bas kau dah sampai ke belum” Nida bertanya ke arah Adwa Adriana yang sedang membelek handphone.
“ Belum lagi kot. Kat tiket ni jam 8.30 malam. Baru jam 8.15 malam”. Dia terus bangun menuju ke tempat parking bas yang sedang menunggu penumpang. Nida tergesa-gesa mengikut Adwa Adriana mencari bas Perdana yang akan dinaiki sekejap lagi. Pusing punya pusing, akhirnya bas yang dicari-cari berada di belakang bas Mutiara. Dia terus mengeluarkan tiket bas di dalam begpacknya dan terus menghulurkan tiket tersebut kepada pemandu bas Perdana.
“ Okay beb, aku pergi dulu. Kau jaga diri bebaik tau aku tak ada seminggu” Adwa Adriana meninggalkan pesan dan terus memeluk temannya.
“ Tau la aku jaga diri sendiri. Kau tu, ingat kalau turun kat mana-mana perhentian, pastikan kau ingat no. bas tau. Jangan jadi macam dolu-dolu”. Ingatan Nida  kembali pada zaman universiti. Kalau balik kampung naik bas, mesti Adwa asyik tersalah bas saja apabila bas berhenti di perhentian.
“ Aku akan ingatla beb. Kau ada nak pesan apa-apa tak kat emak kau”
“ Kirim salam la kat emak aku. Bagi tau dia aku tak dapat cuti”.

“ Hati-hati wei kau ni firstime naik bas tau”. Azhan berpesan kepada Adeeb apabila Nampak keterujaan kawannya.
“ Aku tau la. Kau jangan risau kot. Akukan dah 28 tahun. Dah dewasa la wei”. Matanya tidak lepas memandang ke arah dua orang gadis yang sedang berpelukan di hadapanya.
Akhirnya setelah masing-masing berpesan, Adeeb Adwan dan Adwa Adriana menaiki bas. Adwa Adriana terus mencari tempat duduk 2A yang tertera ditiketnya. Nasibnya memang baik dia dapat tempat duduk di tepi cermin. Siapa la yang akan menjadi partener dia malam nanti. Kalau lelaki harap-harap hensome la. Eh! Sejak bila pula kau ni mengada-ngada Adwa oii.
Sedang asyik melambai tanganya kepada Nida yang berada di luar, Tiba-tiba dia melihat muka Nida terkejut.
“ Apasal minah ni Nampak muka pelik sangat ne”. Adwa terus menaip sesuatu dan terus menghantar SMS kepada Nida.
Nida merasa ada getaran di dalam poket seluar jeansnya. Dia menyeluk poket dan melihat ada pesanan di Handphonenya.
Adwa “kau apa hal? Macam muka berak kapor aku tengok”.
Nida “ Beb… cuba kau pandang mamat sebelah kau tu. Yang jadi partener kau. Hensome siot”. Dia terus mendongakkan mukanya, apabila terasa kerusi di sebelahnya diduduki oleh seseorang. Terkedu dia sekejap…oh! My…
Cepat-cepat dia berSMS balik dengan Nida. Apabila bas sudah bergerak keluar dari stesen.
Adwa “ Beb betulla…oh!my mintak nyawa beb…aku dah rasa semput dah ni”.
Nida “ Beb kau jangan tidur malam ne beb, tak pasal-pasal kau mengigau lagi haru beb”.
Adwa “ Jahat la kau beb… aku mana ada mengigau. Aku baik apa tidur”.
Nida “ dengarla cakap aku beb. Kau kalau dah tidur memang aku tak tau nak cakap apa beb. Apa-apa pun goodluck. Mana tau jodoh kau atas bas Ekpress”.
Adwa “ Choi…mulut tu jaga. Okayla beb…bye”
Nida “okay beb”.
Masing-masing menyepi. Tapi dalam hati masing-masing dah beronggeng sakan dah.       

Adwa Adriana menekan handphonenya untuk melihat jam…oitt dah jam 11.30 malam. Dia gelisah nak tidur ke tak nak. Kan tidur takut dia terlebih aksi…tambah-tambah lagi haruman perfume Montblanc Legend yang di pakai mamat hensome tak hengat ini membuatkan hidungnya kembang-kempis…wangi beb…haila.
“ Tak baik mengeluh cik” terkejut Adwa Adriana apabila terdengar suara menegur disebelahnya. Sempat dia memegang dadanya.
“ Assalamualaikum” Adwa Adriana memberi salam perlahan. Takut mengejutkan penumpang yang lain sedang enak dibuai mimpi.
“Waalaikumusalam. Sorry terkejutkan awak. Saya Adeeb Adwan”
“ Saya Adwa Adriana…”.Oh my!…emak tolong..huskynya suara dia..oksigen…oksigen” 
Adwa Adriana behave sikit. Jangan nak tunjuk perangai tak berapa nak cerdik kau kat mamat hensome ni. Cik hati dan cik jantung, duduk diam-diam kat dalam tu jangan nak cari pasal nak beronggeng sakan tau.  

“ Boleh saya panggil Riana”
“ Terpulang la kat awak. Mana yang selesa”
“ Awak nak balik mana”
Aikk mamat hensome ni. Dah nama naik bas Ekspess dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu. Tentu-tentunya nak balik Kelantan kot.
“ Awak rasa bas ni nak ke mana?”. Soalan Adeeb di jawab soalan juga oleh Adwa.
Adeeb garu kepala yang tidak gatal. Tersengeh dia sendirian. Tahu silap soalanya. Mmm…boleh tahan loyar buruk juga.
“ Errr… maksud saya, Kelantan kat mana kampung awak”
“ ohh! Kat Bachok”
“ Awak”
“ Kota Baharu”
“ Awak dah mengantuk ke?”. Adeeb bersuara setelah melihat Adwa menguap beberapa kali. Kalau awak mengantuk tidur la.
Adwa menganggukkan kepalanya. Entah bila dia tertidur pun dia tak tahu…baik punya mimpi sedap pula rasanya dapat lentok atas bantal lembut.
“ Hah! Bantal lembut” Terpisat-pisat dia bangun. Hamvoi cik kepala sedapnya kau landing atas bahu mamat hensem yer.
“ Awak…mintak maaf. Kesian awak ya, mesti lenguh bahu awak” Adwa sengih untuk menutup malunya pada Adeeb.
“ Tak mengapa, kepala awak tu bukanya batu. Tak berat langsung pun. Jom turun minum”.
“ Okey”. Adwa bangun dari tempat duduk dan terus mengeliat macam berada di rumah. Lupa dia seketika Adeeb masih memandangnya.
“ Opps! Sorry”. Adwa menunduk…malu beb bila Adeeb tengok perangainya yang tak berapa nak cerdik itu. Pipi dah merah.
Adeeb berlalu dengan senyuman senget. Manis dan cantik.
“ Memang boleh tahan minah ni”. Dah la perangainya yang kalut dan tak berapa nak cerdik tu membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.

Mereka bangun dan berjalan menuruni bas yang sudah berhenti di perhentian Gua Musang. Dalam bas tadi lampu samar-samar memang nampak muka mamat hensome ne dah dup… dap… dup.. dap. Bila dalam kedai makan, suasana dah cerah…lagi la nampak semakin hensome. Dalam dok termenung dan tersengih-sengih, Adwa terkejut apabila kerusi di hadapannya ditarik dan mamat hensem terus duduk dan menghulurkan Milo panas ke arahnya.

“ Terima kasih”
“ Sama-sama kasih”
Setelah selesai minum, mereka dan penumpang yang lain masuk ke dalam bas. Akibat laluan ditengah-tengah kerusi penumpang sempit, Adeeb Adwan memberi lalauan kepada Adwa Adriana berjalan di hadapanya.

Lebih kurang jam 6.30 pagi bas yang telah sampai di Bandar Kota Baharu. Adwa Adriana terkejut apabila terasa bahunya digongcang.
“ Awak bangunla. Kita dah sampai ni”
“ Oh! Dah sampai ya. Ok jumpa lagi”. Adwa memberikan senyuman kepada Adeeb.
“ Mintak telefon awak jap”. Adeeb menghulurkan tangan ke Arah Adwa yang terkebil-kebil memandangnya.
Adwa Adriana memberikan telefonnya kepada Adeeb. Setelah melihat telefon ditangan Adeeb berbunyi, tahulah dia yang Adeeb menyimpan nombor telefonya. Tanpa rasa bersalah, Adeeb menghulurkan telefon Adwa kembali.
“ Saya dah simpan nombor telefon saya dalam telefon awak. Nanti saya call. Awak cuti seminggu kan”.
“ Ya”. Adwa tersengih tak tahu nak cakap apa.
Adeeb Adwan bangun dan berlalu turun dari bas. Bas meneruskan perjalanan menuju ke stesen seterusnya. Akhirnya dia terlena. Sedar-sedar bas sudah sampai ke destinasinya. Tak ramai penumpang yang turun di stesen bas Bachok. Adwa melihat jam Guess ditanganya. Dah jam 7.00 pagi. Dalam tergesa-gesa mencari hanphonenya, tiba-tiba dia terasa bahunya di tepuk.
            “ Oii!!! Mak kau”.
            “ Kak Long”.
            “ Ya Allah! Adik buat Kak Long terkejut je la”. Adwa memegang dadanya.
            “ Sorry Kak Long”. Naim sudah tersengih.
            “ Adik datang dengan siapa?”.
            “ Sorang je la”.
            “ Datang dengan apa?”.
            “ Tu”. Naim menunjukkan ke arah kenderaan dihadapanya.
            “ Ni…mana Kak Long nak letak barang-barang lain. Mana muat”. Adwa dah menepuk dahi.
            “ Muat la Kak Long. Besar apa?”. Naim sudah mengangkat beg menuju ke kenderaan yang terletak di hadapan mereka.
            “ Adikkkkkkkkkkk!!!”.
            “ Apa?”. Naim menggarukan kepalanya yang tidak gatal apabila mendengar Adwa menjerit namanya.
            “ Mainkan Kak Long ye”. Adwa Adriana bercekak pinggang menahan geram.
            “ Bila masa pula Naim mainkan Kak Long. Betulla Naim tunjuk kereta kat Kak Long. Ke Kak Long ingat Naim datang bawa motosikal”.
            “ Manala Kak Long tahu…dah Naim tunjuk ke arah motosikal”. Giliran Adwa Adriana pula menggarukan kepalanya. Dia melihat Naim sudah mengelengkan kepalanya. Naik sahaja ke dalam kereta, dia terdengar ada SMS masuk. Cepat-cepat dia mengeluarkan handphone untuk melihat SMS siapa.
            Si hensem * dah sampai ke. Jangan lupa kirim salam saya kat family awak.
            Adwa * dah.Insyaallah.

            “ Pandai-pandai letak nama Si hensem” Adwa tergelak kecil.

No comments:

Post a Comment