BAB 1
Lima
tahun lepas….
“
Cuba kau buka mata kau betul-betul. Kau ingat kau tu layak ke nak jadi girlfriend aku? Dasar muka tak malu.
Perempuan kampung!”. Nyaring sekali
suara Taufik Iskandar. Kedengaran gelak ketawa Shahrul, Ridwan dan Ameer,
kuncu-kuncu Taufik Iskandar. Mereka meninggalkan Nurul Ameera menangis di
lorong antara kelas ke kantin sekolah.
“
Sudah la Ameera. Kau dah tahu Taufik Iskandar memang macam tu. Yang kau tulis
surat cinta tu buat apa? Marah Maryam apabila mendengar esakan Ameera.
“
Dah la Ameera…jom kita masuk kelas. Malu la budak-budak lain tengok kita”.
Zainab bangun sambil menarik tangan Ameera. Mereka berjalan memasuki kelas 5A
Sastera tanpa mempedulikan pelbagai pandangan daripada rakan-rakan sekelas.
“
Mar…Ina…memang aku yang tulis surat cinta tu. Tapi aku tak gila lagi nak hantar
kat Taufik Iskandar. Surat tu saja-saja jer
untuk kenangan aku. Aku tak tahu siapa yang dengki kat aku” akhirnya Nurul
Ameera meluahkan segala-galanya. Dalam hati dia nekad selepas ini dia tidak
akan mempedulikan Taufik Iskandar lagi. Biarlah rasa cinta yang dia rasa ini
hanya dia yang tahu. Dia akan belajar bersungguh-sungguh kerana dia tahu dia
miskin.
“
Aku tahu, kau tidak buat kerja bodoh tu…biarla Ameera. Perkara dah berlaku. Nak
tak nak kau kena terima juga. Moga suatu hari nanti segala-galanya akan
terbongkar siapa pengkhianat tersebut”. Maryam tersenyum sambil menggosokkan
tangan Ameera.
“Aaah…betul
kata Mar tu Ameera. Kita tengok saja la nanti. Kau pedulikan Taufik Iskandar
tu. Dah la berlagak, mentang-mentangla dia anak Dato’…boleh blah la beb”.
Zainab akhirnya bersuara.
Semenjak
kejadian memalukan itu, Nurul Ameera
telah bertekad untuk menjauhi Taufik Iskandar dan belajar bersungguh-sungguh.
Berkat kesabaran akhirnya dia Berjaya ke menara gading bersama-sama Maryam dan
Zainab. Sejak hari terakhir persekolahan maka berakhirlah pertemuan dia dan
Taufik Iskandar.
Sekarang…
“
Macamana kerja kau, okay tak?” Maryam bersuara ke arah Nurul Ameera yang sedang
ralit melayan Criminal Mind 9 di ASTRO
710.
“
Macam biasa je. Kau?”
“ Sama macam kau…hari-hari melayan
kerja yang sama”.
“ Eh! Mana Zainab. Dari tadi tak
nampak muka dia”.
“ Mana lagi…keluar dating la”.
“ Habis tu…kau tak keluar dating dengan Zarul ke”.
“ Zarul Out Station dua minggu”.
“ Patut la…lekat kat rumah. Kalau
tidak tinggal aku sorang-sorang”
“ Ameera…kalau aku tanya sikit, kau
jangan marah ya”.
“ Macamana aku nak marah, kau pun
belum tanya lagikan. Apa yang kau nak tanya?” Nurul Ameera berkalih mengadap
Maryam disebelahnya.
“ Kau masih ingat lagi ke kat Taufik
Iskandar”.
“ Entah la Mar, tapi hati aku ni
memang tidak boleh terima orang lain. Kadang-kadang aku terfikir juga sampai
bila aku nak macam ni. Entah-entah dia sekarang sudah berkahwin sudah ada
anak-anak”. Nurul Ameera mengeluh. Dia tidak tahu dimana silapnya, rasa
cintanya semakin menebal terhadap Taufik Iskandar ibarat mengejar
bayang-bayang, dapat dilihat tetapi tidak dapat di peluk.
Niat Maryam untuk memperkenalkan
kawan Zarul terbantut apabila mendengar luahan hati Nurul Ameera.
“ Aku faham perasaan kau. Moga suatu
hari nanti Allah bukakan pintu hati kau untuk melupakan Taufik Iskandar dan
bukakan pintu hati kau untuk lelaki lain”. Maryam tersenyum ke arah Nurul
Ameera.
“
Insyaalah. Terima kasih kerana memahami aku. Kaula kawan aku dunia akhirat”
Nurul Ameera memeluk Maryam.
No comments:
Post a Comment