Friday, 4 July 2014

TACKLE HATINYA BAB 2

BAB 2
            “ Adoi la…time macam ni la cinta hati nak buat hal” Nurul Ameera mundar mandir mengelilingi kereta Honda Citynya di tepi jalan. Baru minggu lepas dia servis. Sedang dia berkira-kira mahu menelefon mekanik , tiba-tiba sebuah kereta Audi R8 warna merah menghampiri keretanya dan berhenti di hadapan.
            “ Cik ada masalah ke?”
            Hai la si hensem, kalau kereta dok tersadai tepi highway macam ni , mestilah ada masaalah. Nasib baik awak tu hensem…
            “ Ya…tiba-tiba sahaja kereta saya buat hal” Nurul Ameera memandang lelaki kacak dihadapanya.
            Lelaki tersebut membuka bonet hadapan untuk melihat kerosakan. Nurul Ameera masih lagi memandang lelaki dihadapanya tanpa berkelip. Haip mata…jangan berkelip bukannya senang untuk melihat makhluk ciptaan tuhan yang sempurna dihadapanya. Memang betul-betul rezeki…
            “ Cik…Cik” lelaki tersebut melambai-lambaikan tangannya dihadapan Nurul Ameera. Cantik dan manis, kulit putih tanpa sebarang cela di muka. Sempat lagi tu Taufik Iskandar memuji.
            “ Oh! Maaf. Macamana…awak tahu ke kereta saya rosak apa?” Nurul Ameera tersengih menyedari kealpaanya.
            “ Saya rasa lebih baik cik telefon mekanik. Memang awak tak pernah servis ke kereta awak ni?” si kacak memandang Nurul Ameera.
            “ Baru minggu lepas saya servis”. Nurul Ameera mengeluarkan handphonenya dan terus mendail nombor  telefon mekanik. Selepas beberapa ketika, dia mendapatkan si kacak yang sedang bersandar di kereta Audi R8 bewarna merah.
            “ Terima kasih ya awak. Tak apa sekejap lagi mekanik datang towing kereta saya. Awak pun dah lambat nak masuk kerja. Maaf la mengambil masa awak” Nurul Ameera tersenyum. Ialahkan, orang berbudi kita berbahasa…hehehe…
            “ Habis tu awak nak pergi kerja dengan apa?”.
“ Sekejap lagi saya minta mekanik tolong hantar saya”.
“ Kalau macam tu, jom la saya hantar awak”.
“ Err…terima kasih. Menyusahkan awak je. Tak apa saya okay”.
“ Kalau macam tu, saya pergi dulu, lagi pun hari ini  first time saya nak melapor diri”
“ Oh! Good luck
“ Awak…”
“ Nurul Ameera…”
“ Taufik Iskandar. By the way saya jalan dulu…Assalamualaikum” Taufik Iskandar berlalu.
Setelah mendengar sebaris nama tersebut, dada Nurul Ameera tiba-tiba merasa sempit. Otaknya sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebaik sahaja kelibat kereta Audi R8 merah milik Taufik Iskandar beredar, barulah pernafasan Nurul Ameera teratur. Memandangkan dia sudah lewat ke pejabat, dia terus memaklumkan kak Tini, dia masuk lewat.

Taufik Iskandar membelok keretanya memasuki bangunan Fakhruddin. Setelah sekian lama berada di New York, dia kembali ke tanah air untuk membantu Dato’ Fakhruddin papanya. Lagi pun tiada apa yang perlu dia tunggu di New York, apabila perkahwinannya hancur ditengah jalan. Isteri yang dicintai telah jatuh hati pada sahabatnya sendiri. Pedih…perit itu yang dia rasa.

No comments:

Post a Comment